Harap Bantuan Rumah

imageKOTA BHARU – Enam sekeluarga di Kampung Kuala Besar di sini, mengharapkan bantuan rumah dengan segera memandangkan mereka terpaksa tinggal di dalam rumah yang daif di samping tiada bumbung dan hanya beralaskan tikar dan bantal nipis.

Menurut Fatimah Hassan, 66, bersama suaminya Mat Ali Daud, 70, terpaksa tinggal bersama tiga cucu, anak serta menantunya dalam keadaan serba kekurangan memandangkan rumah yang didiami musnah dalam kebakaran, pada Mei tahun lalu.

“Kami sudah membuat permohonan melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan bantuan pihak yang prihatin termasuk Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKP), namun sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan dan masih menunggu proses bina semua rumah di kawasan tapak rumah yang hangus dalam kebakaran lalu.

“Sekarang kami terpaksa tinggal di bahagian dapur kerana bahagian ruang tamu, kesemuanya musnah dan terpaksa berhimpit-himpit tidur bergelimpangan untuk mengelak dari kesejukan termasuk berteduh dari hujan dan panas,” katanya.

Terdahulu, Fatimah turut dikunjungi Ketua Pemuda Dun Kijang yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Pengkalan Chepa, Haris Hussin bersama, Bendahari Pemuda Pengkalan Chepa, Zamri Sulaiman, Bendahari Pemuda Dun Kijang, Asmal Ahmat yang turut meninjau keadaan kediaman keluarga ini.

Fatimah berkata, mujur salah seorang anaknya, Mohd Rosdi Mat Ali, 27, yang tinggal bersama isteri, Siti Maisarah Abdul Rahman, 28, turut membantu walaupun gaji anaknya tidak seberapa memandangkan hanya bekerja sebagai buruh binaan.

“Kami harap permohonan bantuan rumah ini dipercepatkan, sebab tidak mempunyai tempat tinggal lain dan kadangkala jika cucu yang tinggal di tempat lain datang menziarah, mereka akan tidur di dalam khemah memandangkan rumah kami tidak mempunyai bilik,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: