Husam Adalah Kura-Kura Sarkas!

Husam Kambing-1Kelmarin Exco Kanan Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang juga anak kesayangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menfailkan saman terhadap penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz. Rujuk di sini.

Ini merupakan saman kedua, Husam ke atas Syed Azidi. Saman pertama sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuantan dan sepatutnya sudah habis tetapi Husam bacul kerana memberikan pelbagai alasan untuk mengelak masuk ke dalam kandang saksi.

Kalau anda tidak percaya rujuk di sini. Husam memberikan pelbagai alasan. Nampak sangat dia pengecut. Kali ini dia fail lagi satu saman mungkin disebabkan dia tahu akan kalah untuk saman pertama itu.

Justeru itu, ini komen Syed Azidi yang dipetik dari laman blognya:

“Setelah tiga kali gagal untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam kes samannya sendiri terhadap saya, Husam bermain sandiwara lagi bila menfailkan saman lain pula ke atas saya. InsyaAllah, saya akan lawan saman ini seperti saya melawan saman Husam ke atas saya sebelumnya.

“Seperti juga sewaktu memberi respons kepada saman pertama Husam, saya sekali lagi menyeru Husam supaya tidak menjadikan medan Mahkamah sebagai pentas sarkas buat kali kedua. Jangan sekadar berani saman, tetapi beranilah lapangkan masa untuk hadir beri keterangan bila hari perbicaraan kelak.

Saya akan melantik peguam di dalam masa terdekat dan peguam yang saya lantik itu akan menghubungi peguam baru Husam untuk urusan penyerahan saman.”

Paling menarik Husam telah menghubungi seorang wartawan dan memaklumkan bahawa peguamnya telah tersalah apabila menyebut untuk saman akhbar Sinar Harian. Ini kerana kenyataan tersebut dikeluarkan dalam akhbar tersebut. Artikel bertajuk, ‘Husam digesa henti main politik ‘kura-kura’.

Sememangnya Husam seperti kura-kura apabila timbul masalah dia akan memasukkan kepalanya ke dalam cengkerang. Silap hari bulan kaki dan tangan akan masuk sekali. Lihat kes jamnapari, semua masalah dilonggokan ke atas Exco Pertanian ketika itu, Dr. Nik Mazian sedangkan ia adalah idea Husam.

Untuk rekod Husam sekarang sedang meroyan sebab sudah terlalu ramai orang yang dia saman ditambah pula kena tendang dari bumi Kelantan.

Mudah cerita Husam adalah kura-kura sarkas yang sedang menggunakan pentas mahkamah untuk beraksi tetapi sayang penakut!

husamnaked

Tags: , , ,

Categories: Kolumnis

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: