TMB Digesa Buat Permohonan Maaf Terhadap Presiden Ombak

_DSC2675

Oleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub digesa membuat permohonan maaf terbuka terhadap, Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berhubung kenyataannya mengenai isu penerokaan tanah di beberapa kawasan di hulu Kelantan.

Wan Khairul berkata, tuduhan Ahmad terhadap beliau yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 17 Februari lalu, yang kononnya memanipulasi gambar keadaan sebenar di kawasan terbabit adalah fitnah dan Ahmad diminta menarik balik tuduhan tersebut.

Katanya, sekiranya Ahmad gagal berbuat demikian tindakan undang-undang akan diambil kerana tuduhan Ahmad itu telah menejaskan kredibiliti serta reputasi beliau sebagai pemimpin sebuah badan NGO.

“Datuk Ahmad dalam laporan itu menuduh saya mencantumkan dua gambar dari lokasi berlainan semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Padahal sejak dari awal sudah saya jelaskan bahawa gambar itu diambil dengan menggunakan teknologi terkini yang lengkap dengan sistem penentu kedudukan global (GPS) yang mencatatkan koordinat dan lokasi tepat gambar yang dirakam.

“Saya berikan tempoh tujuh hari bermula hari ini kepada beliau (Ahmad) untuk membuat permohonan maaf terhadap saya dan sekiranya beliau gagal membuat permohonan maaf atau akur dengan tuntutan lain, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana tuduhannya terhadap saya menipu mengenai gambar itu berunsur fitnah,” katanya kepada pemberita dalam satu siding media di sini, hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata, gambar terbabit juga telah diserahkan kepada pakar di dalam bidang berkenaan untuk dianalisis.

Katanya, tiada guna beliau berbohong kerana isu tanah itu adalah isu rakyat dan pendedahan itu dibuat bagi memastikan kerajaan negeri sedar apa yang berlaku di sana dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap apa yang berlaku di kawasan terbabit.

Ahmad dalam kenyataannya yang disiarkan akhbar Sinar Harian, 17 Feb lalu mendakwa gambar yang dipaparkan mengenai tanah tinggi itu adalah mengelirukan rakyat dengan cara mencantumkan dua gambar dan tempat yang berasingan.

Dakwa Ahmad tanah tinggi itu tidak pernah diceroboh sebaliknya diusahakan oleh petani dalam bidang pertanian.

Wan Khairul yang ditemani peguamnya, Nor Azli Ahmad menjelaskan beliau akan terus membuat pendedahan mengenai isu terbabit.

Sementara itu, Nor Azli pada siding akhbar itu juga turut menjelaskan anak guamnya itu turut menuntut Ahmad supaya membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta di atas ‘fitnah’ yang disebarkan itu kerana ia telah menjejaskan reputasi serta kredibilitinya.

“Notis tuntutan tiga perkara itu akan dihantar kepada Ahmad hari ini dan anak guam saya menuntut tiga perkara iaitu Ahmad perlu membuat permohonan maaf yang akan diiklankan di akhbar Sinar Harian, ganti rugi sebanyak RM1 juta dan akujanji untuk tidak mengeluarkan lagi kenyataan seperti itu,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: