Bina Stadium Olimpik: Rakyat Kelantan Tidak Yakin Kemampuan Kerajaan Negeri

imagesKOTA BHARU  – Hasrat kerajaan Pas Kelantan membina sebuah stadium bertaraf antarabangsa di Bukit Merbau, Pasir Puteh dekat sini, menimbulkan pelbagai persoalan kepada rakyat negeri ini.

Rata-rata mereka yang ditemui meluahkan rasa tidak yakin dengan rancangan kerajaan negeri itu memandangkan telah banyak janji projek mega yang dibuat sebelum ini tidak ditunaikan.

Penduduk, Ariff Hakimi Zulkifli, 33, berkata, sukar mempercayai janji kerajaan negeri itu mengambil kira beberapa janji lama terutama membabitkan projek mega bernilai ratusan juta ringgit seperti Lembah Sireh yang tidak ditunaikan sehingga ke hari ini.

“Tak tahu nak cakap apa. Tapi sama-samalah kita tunggu sejauh mana realiti janji stadium ini. Hendak berharap, takut hanya tinggal harapan sebab sejarah lama sudah banyak sangat, janji hanya tinggal janji.

“Kali ini, kita ambil jalan selamat, tunggu dan lihat. Tidak menaruh harapan tinggi dengan janji itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sabtu lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilapor meminta rakyat ‘memberi kepercayaan’ kepada satu lagi projek mega iaitu stadium bola sepak berharga RM320 juta walaupun banyak projek mega dilancarkan Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini masih gagal ditunaikan.

Nik Abdul Aziz memberitahu, stadium itu lebih hebat daripada mana-mana stadium terkemuka di dunia dan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China dibina di kawasan seluas lebih 100 hektar di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Pandangan sama turut dikongsi Ami Amizi Ab. Aziz, 31, yang mempersoalkan kemampuan kewangan kerajaan negeri melaksanakan projek mega tersebut kerana melibatkan kos ratusan juta ringgit.

“Persoalan ini berdasarkan pengakuan kerajaan negeri sendiri yang seringkali mendakwa tidak ada wang, tapi macam mana tiba-tiba boleh berjanji hendak buat stadium. Rakyat kemungkinan boleh beri kepercayaan kepada kerajaan negeri sekiranya mereka terlebih dahulu mengotakan segala janji silamnya yang belum tertunai,” katanya.

Dia turut mempersoalkan integriti kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh dengan menjanjikan projek mega seperti ingin membina stadium sedangkan masalah rakyat termasuk isu air bersih yang telah berlarutan sejak lebih 20 tahun masih gagal diselesaikan.

Norhisham Sabramulisi, 37, pula melahirkan rasa hairan dengan upacara peletakan batu asas projek stadium itu yang dilaksanakan ketika menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Janji ini kalau tak silap telah diumumkan sejak setahun dulu lagi. Tapi kenapa sekarang baru letak batu asas pembinaannya. Ini seolah-olah tidak ubah sebagai gimik politik menjelang pilihan raya,” ujarnya.

Sementara itu, Shahrul Fadhel Mohd. Aziz, 33, pula berkata, mengambil kira kronologi rancangan membina stadium tersebut yang telah diumumkan sejak 2011, jelas membayangkan perkara itu hanya permainan politik kerajaan Pas negeri.

“Tambahan pula, upacara peletakan batu asas hanya dilakukan kira-kira setahun kemudian ketika spekulasi tarikh PRU-13 sedang hangat diperkatakan,” katanya.

Dalam pada itu, dia meminta kerajaan negeri menjelaskan kepada umum proses tender projek berkenaan selain turut membayangkan projek stadium tersebut bakal menerima nasib sama seperti Bandar Baru Tunjong yang turut dibangunkan Tunjong Development Corporation (TDC), syarikat sama diberi kepercayaan membina stadium berkenaan. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Bina Stadium Olimpik: Rakyat Kelantan Tidak Yakin Kemampuan Kerajaan Negeri”

  1. leo92
    April 4, 2013 at 3:34 am #

    Macamana nak buat kalau duit disekat kerajaan pusat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: