Kelantan After Dark – Kesian Tok Guru

TOK JANGGUT

Tok Janggut merasa amat kesian dan simpati kepada Tok Guru Nik Aziz apabila dibelasah oleh News Straits Time (NST) dan TV3. Kedua-dua media ini menceritakan tentang keadaan selepas gelap di Kelantan – Kelantan After Dark. Sedihnya, Tok Guru kita seorang yang baik dan dasar-dasar yang dilaksannya adalah untuk mencegah daripada berlaku perkara maksiat.

Namun jika ada juga yang berlaku ia adalah diluar bidang kuasa kerana peruntukkan undang-undang untuk mencegah daripada berlaku sememangnya telah wujud. Jadi di sini adalah kelemahan pihak penguatkuasa.

Apa pun tindakan Tok Janggut memuji langkah Tok Guru kerana sejak awal pemerintahan telah cuba sedaya upaya untuk menutup ruang daripada melakukan maksiat. Jika berlaku juga, memang orang itu tidak beriman.

Di sini Tok Janggut mahu melihat isu itu daripada dua aspek.

kb-mallPertama adalah aspek keadaan ekonomi di negeri ini. Pelaburan yang kurang sejak 20 tahun lalu telah menyebabkan peluang pekerjaan semakin terhad. Kalau ada apa pun gajinya amat murah. Pekerja pasar raya hanya sekitar RM450-RM500. Dan kebanyakkan pekerja di pasar raya atau kedai-kedai di bandar ini adalah gadis dan wanita.

Dalam dunia materialistik hari ini adakah gaji sebanyak itu cukup untuk menampung hidup? sedangkang sebungkus nasi berlauk pagi di Kota Bharu berharga RM2 tidak termasuk dengan secawan teh.

Daripada tekanan hidup dan keadaan sekeliling ini jadi tidak boleh tidak biarpun pahit kita terpaksa menelan laporan NST dan TV3. Ruang untuk golongan pekerja bawahan ini melakukan kegiatan haram atau bahasa kasarnya, melacur sememangnya ada kerana itu sajalah peluang yang ada untuk mencari duit mudah bagi memenuhi tuntutan semasa.

Kedua, Tok Janggut mahu kita melihat bagaimana Datuk Takiyuddin Hassan menangani masalah ini. Beliau amat bijak untuk mengendalikan serangan media. Beliau tidak menyinga biarpun serangan itu amat keras. Beliau amat rasional dan menjawab semua persoalan itu dengan tenang.

Itulah sikap seorang pemimpin sejati. Tok Janggut melihat Takiyuddin telah memainkan peranannya sebagai anggota kerajaan negeri dengan baik untuk mempertahankan Tok Guru Nik Aziz dalam setiap asakan yang dibuat oleh media atau musuh Pas.

Beberapa bulan lalu, beliau diserang oleh akhbar The Star dalam isu salon unisex. Biarpun pada mulanya, jawapan yang diberikan oleh takiTakiyuddin agak ‘goyang’ tetapi isu itu dapat ditangani dengan baik malah berlalu begitu sahaja.

Bagi pendapat Tok Janggut, jika anak jati Kedah itu tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Kelantan maka beliau adalah gandingan yang amat sesuai dengan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah untuk meneruskan pemerintahan Pas di negeri Serambi Mekah ini.

Mohd. Amar adalah ulama, Takiyuddin – bekas majistret – profesional yang mempunyai banyak pengalaman. Maka amat sesuai untuk membawa perubahan besar di negeri ini.

Daripada apa yang berlaku ini satu kesimpulan yang boleh dibuat, Exco yang terlibat dalam perancangan ekonomi negeri harus bekerja keras untuk membawa lebih ramai pelabur ke negeri ini dan janganlah sibuk dengan projek-projek yang pejam baru nampak, celik tak nampak.

Lagi satu pesanan Tok Janggut kepada Exco yang minat membela kambing ini jangan terlalu sibuk dengan portfolio orang, tumpulah kepada kerja sendiri.

Tags: , , ,

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: