Najib Mahu BN Diberi Peluang Kekal Kuasa

imageSHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak yang membubarkan Parlimen hari ini berkata, kerajaan yang ada pada hari ini pemerintah yang bertanggungjawab dan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia di atas segala-galanya.

“Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, kami menepati janji, kami merupakan kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan memeliharanya.

“Bukan sikap kami menanam tebu di bibir. Sesungguhnya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan jejak rekod kami sepanjang empat tahun yang lalu,” katanya.

Perdana menteri berkata, beliau dan rakan-rakan kepimpinan BN akan mula turun dan bertemu rakyat d seluruh pelusuk negara bagi meyakinkan warga Malaysia mengapa BN perlu diberi peluang untuk kembali membentuk kerajaan dengan majoriti kukuh.

Berucap secara langsung ketika membuat pengumuman khas dari Pejabat Perdana Menteri pagi tadi, Najib berkata, dalam tempoh empat tahun lepas, sepanjang kepimpinan beliau sebagai perdana menteri, rakyat Malaysia dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana fasa perancangan Prakarsa Transformasi Nasional membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan kemakmuran negara.

Prakarsa Transformasi Nasional itu melibatkan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Sosial.

Najib berkata kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang bertanggungjawab dan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia di atas segala-galanya.

“Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, kami menepati janji, kami merupakan kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan memeliharanya.

“Bukan sikap kami menanam tebu di bibir. Sesungguhnya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan jejak rekod kami sepanjang empat tahun yang lalu,” katanya.

Perdana menteri berkata, beliau dan rakan-rakan kepimpinan BN akan mula turun dan bertemu rakyat d seluruh pelusuk negara bagi meyakinkan warga Malaysia mengapa BN perlu diberi peluang untuk kembali membentuk kerajaan dengan majoriti kukuh. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: