Najib: Pelihara Integriti Proses Pilihan Raya

imageKUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak semua pihak supaya terus memelihara integriti proses pilihan raya demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Ketika mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat ke-12 di Putrajaya, perdana menteri berkata semua parti politik yang memilih untuk terlibat dalam proses pilihan raya kali ini perlulah bertanggungjawab.

Beliau meminta semua parti kerajaan atau pembangkang memberi komitmen untuk menghormati keputusan yang akan dibuat rakyat kelak dan memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berjalan dengan aman dan selamat.

Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat, dan amalan demokrasi kekal serta berjaya selama ini di Malaysia, kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya.

“Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing, maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya,” katanya.

Najib berkata semua pihak harus mengambil iktibar daripada pengalaman negara lain yang mendapat kesan buruk ekoran taktik buruk yang dilakukan pihak-pihak tertentu dalam memilih kepimpinan negara.

“Insaflah dan ambillah iktibar daripada apa yang telah berlaku di negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai.

“Kesan akhirnya proses dan keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik tersebut telah ditolak rakyat,” katanya.

Perdana menteri memberi jaminan kerajaan yang ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sehingga selesai proses pilihan raya.

“Saya juga ingin menyeru di samping memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia serta parti politik yang terlibat, bahawa jika berlaku peralihan kuasa sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri, ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib,” katanya.

Najib dalam pada itu berkata kebugaran proses demokrasi di Malaysia berjaya menyediakan asas yang subur dan stabil serta kemakmuran nasional yang dinikmati warga negara ini sejak lebih lima dekad yang lepas.

“Kerajaan yang dipilih hasil pilihan raya umum sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri ialah kerajaan yang mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dengan amalan demokrasi sarwajagat.

Selain itu, katanya, amalan demokrasi sebagai teras pemerintahan merupakan mekanisme terbaik yang pernah dicipta manusia.

“Hakikatnya perbezaan pendapat, idea atau pandangan bukannya penyebab malapetaka atau punca perpecahan malah jika ditangani dan diurus secara baik, sejarah menunjukkan ia mampu mendatangkan rahmat yang akan membahagiakan rakyat dan memajukan negara. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: