Nik Aziz Tarik Balik Bubar Hari Ini

images

Oleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN ) hari ini sebaliknya menjelaskan keputusan akan dibuat selepas pertemuan dengan Menteri-menteri Besar negeri di bawah Pakatan Rakyat esok.

Nik Aziz berkata pertemuan itu jangka berlangsung kira-kira jam 2.30 petang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.

“Selepas mengadakan pertemuan itu saya akan balik ke Kelantan dan bertemu dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selepas majlis Tilawah al-Quran kira-kira jam 10 malam di Istana Telipot,” kata kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat lajnah politik Pas Kelantan, di sini, petang ini.

Tengah hari tadi Nik Aziz yang ditemui selepas Mesyuarat Exco dilaporkan membuat pengumuman kerajaan Pas Kelantan kan mengikut jejak langkah kerajaan pusat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sebelum ini Nik Aziz juga dikatakan pernah mengeluarkan kenyataan kerajaan Pas Kelantan akan membubarkan DUN pada hari yang sama dengan pembubaran parlimen.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: