Pas Benarkan Calon Bukan Melayu DHPP Tanding Atas Tiket Parti

imagesMARANG – Pas akan membenarkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) terdiri daripada kaum Cina, India dan Iban bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum ke-13 ini, menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Wakil DHPP ada calon-calonnya daripada kaum Tionghua, kaum India serta kaum Iban di Sarawak yang menggunakan tiket Pas nanti,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Mereka akan menggunakan kuota 76 kerusi yang akan ditandingi Pas, hasil kata sepakat pakatan pembangkang, untuk ditandingi Pas pada PRU13, jelas beliau.

Abdul Hadi berkata, calon DHPP ini dan calon dari Dewan Muslimat Pas akan bertanding di kawasan campuran pengundi pelbagai kaum memandangkan sambutan positif DHPP terhadap parti itu.

Anggota Parlimen Marang itu berkata jika ada tambahan kerusi yang diberikan parti sekutu pembangkang kepada Pas pada saat-saat akhir, Pas sedia menambah calonnya.

Abdul Hadi berkata, 76 kerusi yang diperuntukkan kepada Pas oleh pakatan pembangkang ialah tambahan 10 kerusi yang ditandingi Pas pada PRU12 2008. Parti itu menang 23 kerusi.

Kali ini, 76 kerusi itu akan dikongsi dengan calon dari DHPP dan beliau yakin undi bukan Islam terhadap Pas dengan meletakkan calon DHPP ini akan menjadi satu kejutan yang akan membawa perubahan dalam keputusan PRU13 bagi pakatan pembangkang.

Pencalonan mereka juga diharapkan mewujudkan gelombang pengundi orang muda memihak kepada pembangkang untuk meneruskan hasrat menawan beberapa negeri yang disasarkan pakatan pembangkang, katanya.

Ditanya mengenai kawasan yang akan ditandinginya, Abdul Hadi enggan mengulas dan meminta pemberita menunggu pengumuman calon yang akan dibuat tidak lama lagi.

“Saya sebagai pemimpin pertama dalam parti masih lagi memberi peluang kepada parti untuk membuat keputusan bila-bila masa sahaja. Saya memberi keselesaan kepada parti. Dan sebab itu saya tidak umum sendiri,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: