RM57j Bantu Institusi Agama

CSC_0379KOTA BHARU – Kerajaan Pusat telah memperuntukkan lebih RM57 juta bagi pembangunan fizikal institusi agama termasuk pembinaan masjid serta pusat-pusat pengajian agama di negeri ini sejak 2005 sehingga kini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata, peruntukan tersebut disalurkan bagi membantu membina dan menaik taraf 78 buah masjid di negeri ini.

“Peruntukan itu digunakan bagi membina 26 buah masjid mukim, madrasah dan juga surau, 25 buah lagi dinaik taraf dan 27 buah dibaik pulih.

“Sehingga kini, 13 buah daripadanya telah siap dibina dengan sempurna melibatkan peruntukan sebanyak RM34 juta,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Antara masjid yang telah siap dibina ialah Masjid Kampung Nara, Masjid Kampung Seberang Jeli, Masjid Guntong, Mukim Limbat, Masjid An-Nur Bandar Guchil, Masjid Mukim Mentuan, Masjid Al-Bakti, Masjid Kubang Sawa, Masjid Banggol Judah, Masjid Ayesha, Madrasah Kem Kijang, Madrasah Kampung Jelutong, Madrasah Kubur Peringat dan Surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Makhtar berkata, selain pembinaan masjid, projek menaik taraf pusat-pusat pengajian agama turut dilaksanakan untuk pendidikan anak-anak di negeri ini melibatkan peruntukan sebanyak RM4 juta.

“Antaranya Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah, Pasir Mas dan Madrasah An-Najmiah, Pondok Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat,” katanya. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: