SPR Kelantan Siap Sedia

imageKOTA BHARU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan sudah bersiap sedia hampir 99 peratus bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengarahnya, Mohamad Mahmud berkata, untuk memastikan perjalanan pilihan raya ini berjalan lancar, pihaknya akan menugaskan seramai 17,000 kakitangan yang melibatkan 517 pusat undian.

“Kami juga menyediakan sebanyak dua buah helikopter yang akan digunakan di Parlimen Gua Musang  bagi memudah urusan undian undi dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau merasmikan Taklimat Kemudahan Mengundi Melalui Pos Kepada Pekerja Media Bagi PRU-13 Negeri Kelantan.

Sementara itu, mengulas mengenai undi pos di kalangan media yang baru diperkenalkan tahun ini hasil daripada syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya agar pekerja media diberi kemudahan mengundi melalui pos.

Beliau berkata, dengan kemudahan dan kelonggaran tersebut diharap pengamal media dapat menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin.

“Pihak berkenaan boleh berbuat demikian dengan menggunakan Borang 1A yang akan diserahkan kepada agensi media atau dengan muat turun daripada laman sesawang SPR,” katanya.

Mohamad berkata, borang yang lengkap diisi boleh dihantar bermula pada tarikh pembubaran Parlimen atau mana-mana Dun sehingga hari kedua selepas hari penamaan calon bagi pilihan raya umum. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: