Pertahan Kota Darulnaim – RM2 juta Untuk Setiap DUN

kotadarulnaimGendang perang sudah dipalu. Semua pihak sedang bersiap sedia. Tidak kira Pas mahu pun Barisan Nasional (BN). Sejak 1990 sehingga hari ini, BN adalah lawan underdog kepada Pas.

Dalam empat pilihan raya umum sebelum ini, Pas tidak ada rasa gentar untuk berhadapan dengan BN. Pas mempunyai senjata yang amat hebat untuk menumbangkan BN iaitu agama.

Namun kali ini keadaannya amat berbeza. Pas kali ini khabarnya bersiap sedia sepenuhnya untuk hadapi BN. Mereka agak goyah kerana diri tidak sebersih dulu. Serban dan jubah gombal tidak lagi dapat menyembunyikan susuk perangai buruk mereka.

Buktinya 1.7 juta ekar tanah di Kelantan hilang semuanya ditelan jin tanah. Rakyat tahu siapa jin ini. Mereka sudah goyah. Sesuatu harus dilakukan untuk mempertahankan kerajaan jin tanah ini.

Menurut sumber Pas telah merangka pelan yang amat besar untuk mempertahankan negeri ini. Katanya, setiap DUN menerima sebanyak RM2 juta. RM1 juta disalurkan oleh Pas Kelantan manakala RM1 juta dana secara terus daripada Anwar Ibrahim.

Untuk pilihan raya umum ini Pas mempunyai wang lebih daripada RM100 juta memancing undi daripada rakyat negeri ini. Jadi jangan terkejut sekiranya melihat jentera Pas bergerak dengan lancar dan ditabur semahu-mahunya.

Daripada wang sebanyak itu datang? itu persoalannya. Ingat 1.7 juta ekar tanah sudah digadai dan sekarang adalah masa untuk menuai hasilnya. Wang dikatakan diperoleh daripada taukeh-taukeh balak. Ini rahsia umum.

Rakyat di Kuala Krai dan Gua Musang semuanya tahu. Apatah lagi wartawan tempatan atau orang parti sendiri. Cuba risik daripada mereka, jangan bertanya, kerana mereka akan berbohong ketika menjawab.

Strategi kedua yang akan digunakan oleh Pas atau pakatan haram dengan PKR adalah menggerakkan sepenuhnya NGO. Mereka akan menaja NGO terbabit melakukan apa saja.

Satu kumpulan profesional terdiri daripada doktor-doktor yang diketuai oleh Presiden Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), gegarDr Abdul Halim Yusof akan mula bergerak.

Beliau yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akan mengumpulkan doktor-doktor untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada penduduk di Jeli, Ketereh dan Pengkalan Chepa.

Tiga kawasan Parlimen ini menjadi sasaran mereka kerana dendam kesumat. Gerakan tersebut akan bermula tidak lama lagi dan ia ditaja oleh PKR.

Kelompak kedua NGO yang akan memainkan peranan besar untuk Pas ialah puak-puak NGOR. Mereka ini digunakan untuk mendekati golongan bawahan dan tugas mereka untuk menimbulkan kekacauan. Jeming Hassan akan menjadi kepala buat kacau sepertimana yang dilakukan di depan Sutera Inn baru-baru ini.

Selain itu, Pas akan menyalurkan dana sebanyak mungkin kepada pengamal media terutama cyber troopers. Mereka mempunyai ramai cyber troopers upahan yang ditugaskan untuk menyerang mana-mana facebook atau laman sosial pemimpin BN.

Pada masa yang sama, untuk memastikan maklumat dan dakyah mereka dapat disampaikan sepenuhnya, Pas akan telah menubuhkan lebih daripada 3 saluran web tv seperti KelantanTV, UTTV dan RTV. Setiap satu saluran tersebut menerima dana sekurang-kurangnya RM100,000 termasuk peralatan.

Pas juga menggunakan sepenuhnya akhbar Sinar Harian. Mereka telah membeli halaman dalam akhbar tersebut sejak tiga bulan lalu dan melibatkan kos lebih RM300,000.

Itulah kehebatan Pas Kelantan, menggunakan setiap media yang ada dan pada masa sama menyerang kredibiliti media arus perdana habis-habisan.

NGO RItu belum lagi dikira dengan peruntukkan yang diberikan kepada muslimat untuk membawa hamper naik rumah ke rumah, atau tok penghulu membawa kain pelikat untuk lelaki.

Jika dahulu Kickdefella mendedahkan Husam Musa membayar RM4 juta untuk pertahan Kota Darulnaim tetapi kali ini dananya lebih besar RM100 juta tunai.

Fikirlah dari mana wang ini datang. Apakah dari transaksi jual tanah kepada Ngeh dan Nga? penjualan Pasar Lama MPKB? 1,000 ekar tanah di Lembah Sireh?

Apakah kita perlu memilih kerajaan yang hanya pandai menggadai harta dan bukannya untuk menambah pendapatan? Ilmu politik kura-kura sarkas!

Tags:

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: