48 Jam Tempoh Untuk Husam Buat Permohonan Maaf – Mustapa

 

Tok Pa

 

 

Oleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini membuat kenyataan akan menghantar notis tuntutan maaf maaf dan memberikan tempoh 48 jam kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa kerana memfitnah.

Menurut Mustapa, Husam memfitnah beliau memberikan percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ini.

Tohmahan itu dakwa Mustapa dibuat Husam ketika berucap melancarkan gerakan ‘K’ kekalkan negeri Kelantan di Machang pada 23 Mac lepas.

Mustapa berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis terbabit kepada Husam dan memberi tempoh 48 jam untuk berbuat demikian.

“Kenyataan itu menjejaskan kredibiliti dan imej saya. Saya memandang serius perkara ini,” katanya kepada media pada satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain Husam, portal harakahdaily.net serta ketua pengarang dan pengarang turut diberikan notis terbabit.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata sekiranya mereka yang terbabit gagal berbuat demikian, beliau akan menfailkan saman fitnah dan tuntutan di mahkamah tinggi.

“Ini adalah satu perkara yang perlu untuk menjaga maruah dan kredibiliti diri saya, saya memimpin kementerian ini (MITI) empat tahun dan berbuat yang terbaik, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

”Ini tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

 

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: