Awang Adek Yakin Sokong Meningkat

Awang Adek

Oleh HANA MARYAM

Bachok – Kegagalan calon luar membela nasib rakyat menjadi faktor utama peningkatan sokongan terhadap Barisan Nasional di Parlimen Bachok.

Ketua UMNO Bahagian, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, kegagalan itu jelas apabila calon yang diletakkan kerajaan Pas tidak mampu membangunkan dan memajukan daerah ini sebagai bandar pesisir pantai serta tidak menjaga kebajikan rakyat.

Beliau berkata, pengalaman penduduk dengan kehadiran wakil rakyat bukan daripada anak tempatan yang gagal memberikan perkidmatan yang cemerlang membuatkan rakyat mula menolak penampilan mereka.

Katanya, melihatkan peningkatan sokongan rakyat UMNO Bahagian Bachok yakin persediaan menghadapi pilihanraya umum kali ini jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

“Ekoran itu kita menerima permohonan untuk membina pondok pos Barisan Nasional (BN) sehingga kini mencecah 1,000 buah.

“Segala gerak kerja jentera pilihan raya di peringkat parlimen Bachok sudah lama digerakkan sehingga peranan dan perkhidmatan pemimpin UMNO dan BN di kawasan ini menjadi tempat pergantungan rakyat selepas keperluan mereka sering kali terlepas pandang dan tiada pembelaan yang menyeluruh dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebelum ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Badak dekat sini hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, keterbatasan dan keberkesanan calon luar (wakil rakyat) sebelum ini menyulitkan rakyat untuk mendapatkan pertolongan, bantuan serta perkhidmatan sehinggakan rakyat terpaksa bergantung kepada pemimpin UMNO setempat bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.

Awang Adek berkata, BN Bachok memiliki 50 buah pusat mengundi (PDM) yang mana dianggarkan lebih kurang 20 pondok pos di setiap PDM.

“Kita lihat semangat yang ditunjukkan penyokong juga semakin kuat lebih-lebih lagi dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan program yang boleh dikatakan hampir setiap malam,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: