Beri Mandat Kepada Kerajaan BN Untuk Lakukan Perubahan

Datuk_Ramzi_Abdul_Rahman

Oleh AMIRUL HAFIZ & HANA MARYAM

KUALA KRAI – Rakyat Kelantan perlu memberikan mandat kepada kerajaan yang bertangunggjawab dan prihatin akan nasib mereka bagi mendapatkan pembangunan dan kemudahan dalam segala segi termasuk sosial dan ekonomi.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman berkata, kerajaan pusat sentiasa prihatin dengan nasib rakyat namun tidak mampu melaksanakan keperluan rakyat ekoran bidang kukasa yang terbatas.

Beliau berkata, lebih-lebih lagi dalam soal yan membabitkan pengambilan tanah kerana ia berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Saya pernah terpaksa memulangkan balik wang peruntukan untuk membina sebuah Dewan Sivik di Dabong dan Dewan Orang Ramai di Kuala Gris kepada kementerian berkaitan yang berjumlah hampir RM1 juta kira-kira tiga tahun lalu.

“Projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tiada tanah dan kerajaan Pas tidak memberikan kerjasama untuk menyelesaikan masalah membabitkan tanah,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ramzi berkata, akibat tindakan kerajaan negeri itulah rakyat di negeri ini menjadi ketinggalan daripada pelbagai aspek.

”Disebabkan tindakan kerajaan negeri itu banyak program pembangunan di negeri ini gagal dilaksanakan sejak lebih 20 tahun lalu.

“Sebab itulah saya menyeru rakyat untuk melakukan perubahan dengan memberikan mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti mampu menstabilkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat terutama generasi akan datang,” katanya.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: