Mengenali Tuan Speaker Nasuruddin Daud

TOK JANGGUT

nasarudin daud copyBaru-baru ini tukar-kelate.blogspot mendedahkan mengenai Rahsia pernikahan ADUN PAS dengan wanita Kemboja terbongkar. Dalang disebalik pernikahan itu adalah Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.

Hari ini, Tok Janggut nak bercerita mengenai Nasuruddin. Beliau seorang yang sangat hebat di atas pentas ceramah. Suaranya menggerunkan orang yang mendengar. ADUN Meranti itu juga bijak untuk membancuh ayat al-Quran, maki hamun dan fitnah di atas pentas ceramah.

Sejak kebelakangan ini, Tok Janggut dengar cerita, Nasuruddin banyak menyerang sebuah pertubuhan iaitu Pendita di mana penceramahnya, Ustaz Rujhan Abdul Rahman. Ceramah Ustaz Rujhan juga hebat tidak kurang dari 1,000 orang setiap kali berceramah.

Berbalik kepada Nasuruddin. Di atas pentas ceramah beliau menuduh seorang penceramah Pendita ditangkap khalwat tetapi apabila didesak beliau tidak mahu mendedahkan siapa penceramah tersebut. Takut kena saman ke Datuk? Kalau berani sila didedahkan.

Di sini Tok Janggut ingin dedahkan kepada siapa Nasuruddin?

Pertama – Beliau hanya pandai bercakap tetapi sebenarnya ilmu tidak cukup. Mana tidaknya beliau tidak menamatkan pengajian di Mesir. Beliau tidak habis tetapi pandai kelentong. Jika benar sudah habis belajar sila tunjukkan bukti kepada rakyat.

Kedua – Nasuruddin bersama beberapa rakannya juga pernah terlibat dalam pemalsuan dokumen untuk pelajar menunaikan haji. Perkara ini diketahui oleh pihak kedutaan tetapi peluang masih diberikan semata-mata tidak mahu melihat anak Melayu dan Islam tidak habis belajar.

Ketiga – Nasuruddin juga pernah terlibat dalam pemalsuan lesen memandu antarabangsa. Ada di antara kumpulannya ditahan oleh pihak berkuasa Mesir tetapi Nasruddin terlepas.

Keempat – Nasuruddin juga  menjadi orang tengah untuk menguruskan perkahwinan pemimpin Pas dengan orang Kemboja. Untuk rekod beliau mempunyai dua isteri dan mungkin akan menambah dua lagi isteri tidak lama lagi.

Kelima – Nasuruddin seorang penakut. Beliau hanya pandai berselindung disebalik jubah dan serban besar. Kalau berani sudah tentu dia mendedahkan nama penceramah Pendita yang ditangkap khalwat itu. Jika tidak beliau tidak lebih daripada seorang pemfitnah.

Jadi Tok Janggut harap rakyat negeri ini tidak tertipu dengan fitnah-fitnah jahat dari Nasuruddin. Inilah rupa manusia lidah bercabang.  Kini Nasuruddin sedang berkira-kira untuk bertanding di kerusi DUN Merantai atau Parlimen Pasir Mas.

Tags:

Categories: Kolumnis

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: