Nurul Izzah Sangkal Ibunya, Presiden PKR, Tidak Bertanding Pilihan Raya

wan-azizah-06-april5KUALA TERENGGANU – Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.

“Itu hanya cakap-cakap politik,” katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen  Al-Jazeera Rabu lepas.

“Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

“Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di http://www.keadilandaily.com semalam.

Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.

“Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.

“Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira,” katanya.

Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.

Mengenai pembahagian kerusi PKR dan PAS di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi.

Sementara itu di GERIK, Anwar kembali berteka-teki tentang pilihannya sama ada bertanding kerusi di Perak atau kekal di Permatang Pauh.

Malam tadi beliau menggunakan alasan ‘mahu berbincang’ dengan pengundi di Permatang Pauh supaya ‘mereka tidak berkecil hati’ dan meminta tempoh 24 jam untuk membuat keputusan.

Ini kerana  penyokongnya di Permatang Pauh telah membantu PKR mempertahan kerusi itu semasa Dr Wan Azizah bertanding sehinggalah beliau mengambil alih, katanya ketika berucap pada ceramah program Jelajah Merdeka Rakyat di situ.

Dalam pada itu beliau juga menimbulkan soalan: “Kalau saya bertanding di Perak, boleh ka? Saya memang bercadang bertanding di Perak, saya tujuh tahun di Kuala Kangsar (Kolej Melayu Kuala Kangsar), dan saya dua tahun (sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kamunting, Perak. Sembilan tahun di Perak, takkan tak boleh jadi ahli Parlimen Perak kot”.

Anwar turut mengumumkan bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Laksamana Pertama Mohamad Imran Abdul Hamid sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Lumut manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan Perak Dr Meor Ahmad Isharra Ishak calon
kerusi Parlimen Padang Rengas.

Ketua pembangkang itu sebelum ini mengumumkan Dr Lee Boon Chye akan mempertahan kerusi Parlimen Gopeng, Mustafa Kamil Ayub pula sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Pasir Salak dan Dr Muhammad Nur Manuty di Bagan Serai.- Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: