Pas Perlu Bukti Utuh Tanpa Nik Aziz

images

Oleh AMIRUL HAFIZ
KOTA BHARU – Pas perlu membuktikan bahawa parti itu tetap utuh pada pilihan raya umum kali ini walaupun tanpa Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani.

Mohammad berkata, dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu, beliau tidak seharusnya dibebani parti itu pada PRU kali ini dan sampai bila Pas perlu bergantung kepada Nik Aziz.

“Saat ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk Nik Aziz berundur secara terhormat ditambah pula dengan usianya dan keadaan kesihatan yang sering menuntut beliau keluar masuk hospital.

“Dengan keadaan beliau itu sudah pasti beliau memerlukan rehat yang cukup. Keadaan Nik Aziz ini serius. Dengan tahap kesihatan itu sudah pasti tidak sesuai untuk dia terus dibebani. Kalau Pas terus menggunakan NIk Aziz maknanya parti itu sebenarnya tidak mempunyai kekuatan sendiri, seolah-olah Pas akan lenyap kalau Nik Aziz tak ada,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nik Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan tetap bertanding walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda.

Malah beliau juga menegaskan tidak akan berundur selagi Pas memerlukannya dan Pas Pusat telah membuat keputusan yang beliau tetap akan bertanding pada PRU kali ini.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan Wan Ubaidah Omar membuat kenyataan yang Menteri Besar Kelantan itu patut berehat daripada terus bertanding pada PRU kerana keadaan kesihatan.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: