Pas Peru Muhasabah, Khianati Amanah Rakyat

Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz

Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz

Oleh AMIRUL HAFIZ & HANA MARYAM

KOTA BHARU – Pas didesak bermuhasabah diri ekoran kegagalan parti itu menunaikan dan menunaikan setiap janji yang dibuat kepada rakyat di negeri ini.

Desakan yang dibuat badan bukan kerajaan Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati) yang dianggotai oleh guru-guru agama itu dibuat selepas melihat Pas telah banyak memungkiri janji dan mengkhianati amanah yang diberikan.

Aktivis Ummati, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, terdapat tiga ciri orang munafik di dalam Islam dan ia jelas ada di dalam Pas.

Beliau berkata, ciri-ciri itu dijelaskan di dalam hadis sahih.

”Pas dilihat begitu banyak menabur janji namun sehingga kini tidak terlaksana. Umpamanya janji membina Jambatan Palekbang. Sekarang batu asas jambatan itu sudah penuh dengan lumut hijau.

“Terbaru berjanji lagi nak bina stadium. Janji dah setahun tapi bila hamper dengan pilihanraya baru nak letak batu asas,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini, hari ini.

Sehubungan itu Mohd. Syamsul berkata, jika benar Pas mendokong prinsip Islam mereka perlu menyelesaikan janji tertunggak kepada rakyat Kelantan sebelum membuat janji baru.

“Pas boleh dianggap sebagai parti pembohong dan mengkhianati amanah rakyat kerana gagal mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam dilaporkan meminta rakyat negeri ini memberikan kepercayaan mengenai pembinaan stadium itu biarpun pelbagai projek mega yang dilancarkan kerajaan negeri sebelum ini masih belum ditunaikan.

Antara projek mega yang dijanjikan Pas namun sehingga kini masih belum ditunaikan ialah Bandar Baru Pengkalan Kubor, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dan banyak lagi.

 

Tags: ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: