Peniaga Pasar Malam Parit Dalam Desak Keluarkan Lesen

datuk-mohd-fared-abdul-ghani
Oleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan didakwa menganaktirikan peniaga Pasar Malam Parit Dalam setelah kerajaan negeri dilihat seolah-olah menafikan hak keistimewaan mereka yang telah menjadikan aktiviti perniagaan di lakasi terbabit sejak lebih 30 tahun lalu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan, Datuk  Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, keadilan perlu diberikan kerajaan negeri tanpa mengira fahaman politik.

“Ibarat kera di hutan disusu-susukan, tapi anak sendiri mati kelaparan. Jika Jalan Kebun Sultan kerajaan Pas Kelantan boleh iktiraf sebagai kawasan Haji Cheng Ho China Towm, kenapa tidak membuat pengiktirafan yang sama kepada peniaga yang 100 peratus terdiri daripada kaum bumiputera anak jati negeri ini,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini.

Beliau berkata tindakan kerajaan Pas Kelantan itu jelas menunjukan sikap pilih kasih serta permainan politik kerajaan negeri yang ingin meraih sokongan dan undi kaum Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

”Kawasan Pasar Malam Parit Dalam sudah hampir 30 tahun beroperasi sedangkan Cina Town baru lebih kurang 10 tahun lalu tetapi mereka (kerajaan negeri) memberikan pengiktirafan kepada mereka terlebih dahulu,” katanya.

Akhbar semalam menyiarkan kekecewaan peniaga di lokasi terbabit yang mendakwa tidak diberi keistimewaan yang serupa oleh kerajaan Pas negeri ini.

 

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: