PRU-13 Selewat-Lewatnya 28 Mei

ABDUL Aziz Mohd. Yusof menunjukkan Pengisytiharaan Pembubaran Dewan Rakyat pada sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Umum Ke-13 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya.

ABDUL Aziz Mohd. Yusof menunjukkan Pengisytiharaan Pembubaran Dewan Rakyat pada sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Umum Ke-13 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum Ke-13 boleh diadakan selewat-lewatnya pada 28 Mei ini berikutan pembubaran Dewan Rakyat semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tarikh itu juga mengambil kira pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 28 Mac lalu.

“Jika dikira mulai 3 April, tempoh 60 hari akan habis pada 3 Jun ini, jadi sudah terlepas (tarikh pembubaran DUN) Negeri Sembilan. Maka, Pilihan Raya Umum Ke-13 perlu diadakan selewat-lewatnya pada 28 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Soal Jawab terbitan TV3 yang dihoskan Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Bhd., Datuk Ahmad A. Talib, malam tadi.

Ditanya mengenai bayangan tarikh penamaan calon dan pengundian, Abdul Aziz berkata: “Ada bayang-bayangnya tetapi tidak sesuai saya sebutkan di sini kerana perlu dibincangkan dengan panel-panel SPR yang lain.”

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz ketika dihubungi di sini hari ini berkata, pihaknya menjangkakan selewat-lewatnya esok untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tarikh mesyuarat khas akan diadakan.

Menurut beliau, sehingga kini, SPR belum menerima surat pemakluman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

“Difahamkan Kelantan akan menjalankan majlis menandatangani watikah pembubaran DUN pada pukul 11 malam ini, dan Selangor pukul 2.30 petang tadi.

“Jika perjalanan semua surat ini diterima hari ini termasuklah yang semalam pada akhir lewat malam nanti, esok Setiausaha SPR akan keluarkan kenyataan bertulis tentang mesyuarat khas ini,” katanya.

Menurut beliau, mesyuarat khas itu nanti akan membincangkan tarikh penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa, daftar pemilih terkini yang akan digunakan serta tempoh berkempen.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menambah, pihaknya merekodkan hanya 6,298 pengundi luar negara mendaftar sebagai pengundi pos sehingga tarikh tutup pada pukul 12 tengah malam tadi.

Menurut beliau, jumlah itu sebenarnya sedikit dan SPR tidak begitu berpuas hati dengan angka tersebut.

“Ini kerana angka rakyat Malaysia yang berada di luar negara dalam lingkungan jutaan.

“Mereka ini mungkin sibuk dengan kerja di luar negara atau akan balik untuk mengundi,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, sebanyak 2,900 pengundi tidak hadir (PTH) direkodkan untuk pilihan raya umum akan datang.

“Mereka terdiri daripada rakyat negara ini yang bekerja sebagai pegawai kerajaan termasuk pasangan dan pelajar sepenuh masa di luar negara,” katanya. – Utusan Malaysia

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: