Ahmad Zahid Sedia Lawan Anwar Di Bagan Datoh

anwar-ibrahim-300x199BAGAN DATOH  – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘mengalu-alukan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim jika benar Ketua Pembangkang itu mahu menentangnya di Parlimen Bagan Datoh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ahmad Zahid berkata, sebagai menghormati prinsip demokrasi, beliau bersedia bertanding dengan sesiapa sahaja termasuk Anwar.

“Mula-mula saya dapat tahu beliau (Anwar) berura-ura bertanding di Ipoh Timur. Lepas itu menukar hasrat untuk ke Gopeng. Ketika ini, sedang fikir nak bertanding di Tambun atau Bagan Datoh.

”Jika benar (bertanding di Bagan Datoh), saya amat alu-alukan beliau datang ke sini. Sebagai Penasihat PKR (Parti Keadilan Rakyat), tentu sekali saya ingin menterjemahkan pengertian demokrasi untuk beliau berjumpa dengan saya yang pernah menjadi anak buahnya,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Penyerahan Input-Input Perikanan dan Pertanian kepada hampir 2,000 penerima yang dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum di sini hari ini.

Anwar sebelum ini mengumumkan hasrat tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk bertanding di Perak dan disebut-sebut akan bertanding sama ada di Parlimen Lumut, Bagan Datoh atau Tambun.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak gentar untuk menghadapi sesiapa juga yang mahu bertanding di kawasan itu termasuk empat bekas pemimpin tentera yang mungkin diletakkan sebagai calon oleh pembangkang.

”Ini kampung saya, tempat saya, tempat keluarga saya, ini tempat kawan-kawan saya dan di sini tempat saya dibesarkan. Bukan mahu riak, takbur mahupun sombong, sesiapa pun dipersilakan datang,” ujarnya.

Ditanya dakwaan salah seorang bekas pemimpin tentera kononnya perisikan tentera dan polis meramalkan pakatan pembangkang akan menang dalam PRU-13, Ahmad Zahid berkata, kenyataan itu hanya bersifat andaian semata-mata.

”Saya khuatir mereka ini mimpi di waktu panas terik. Mereka ini semua ada track record dalam perkhidmatan dahulu, jangan sampai saya minta orang kita buka keburukan mereka,” katanya. – Utusan Malaysia

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: