Berkempen Secara Matang, Elakkan Ketegangan

Mustapa melakukan gimik pelancaran Pusat Media Barisan Nasional di sini, hari ini.

Mustapa melakukan gimik pelancaran Pusat Media Barisan Nasional di sini, hari ini.

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Rakyat di negeri ini diseru mengamalkan bersikap matang dan berhemah dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Umum (PRU-13) nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, negara kita mengamalkan prinsip demokrasi dan rakyat diberi ruang untuk berkempen secara adil.

Beliau berkata, ia perlu dilakukan secara matang dengan mengambil tindakan yang baik serta beradab kerana tindakan berkempen secara aggresif akan menggugat proses pilihanraya.

“Dijangkakan kempen pilihanraya kali ini semakin aggresif. Kita mengamalkan demokrasi, kita perlu berlaku adil dan tidak harus mengambil tindakan ganas. Setiap rakyat diberi peluang untuk berkempen Berkempenlah dengan menggunakan fikiran, berkempenlah secara beradab dan tertib.

“Jangan sesekali menimbulkan ketegangan kerana ketegangan sudah pasti akan menggugat proses pilihanraya dan boleh merenggangkan hubungan antara kita. Kita semua bersaudara dan ini adat dunia ada pilihanraya maka gunalah peluang yang diberikan oleh negara lima tahun sekali untuk memilih parti dan pemimpin yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Media Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Husin, Bendahari UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat, Ketua MCA Kota Bharu, Tan Ken Ten serta beberapa pemimpin BN negeri yang lain.

Ketika diminta mengulas mengenai dua insiden yang membabitkan penyokong BN dan Pas beliau berkata, semua rakyat Kelantan akan bersabar dan tidak mencabar antara satu sama lain.

“Saya berharap semua rakyat bersabar dan tidak menimbulkan ketegangan kerana jika berlaku ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Demokrasi itu satu proses yang berlaku secara adil tanpa sebarang gangguan dan ugutan.

“Jika ada ugutan maka demokrasi itu tidak berlaku secara baik. Demokrasi itu bermakna rakyat berpeluang untuk membuat penilaian yang objektif dan seadil-adil mungkin. Jadi jika ada yang nak ajak bertumbuk atau nak rempuh kenderaan T umpamanya kita amat dukacita dengan perkara ini,” katanya.

Difahamkan dalam insiden di Pasir Puteh sebuah kenderaan berlogo T dirempuh sebuah kenderaan lain yang dipercayai dari parti lawan.

Dalam kejadian lain, seorang penyokong Pas bertumbuk dengan penyokong BN ekoran rasa tidak puas hati selepas insiden kejar mengejar yang juga berlaku di Pasir Puteh.

Laporan polis mengenai kedua-dua insiden ini talhpun dibuat di Balai Polis Pasir Puteh.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: