DUN Selising; Ahli Pas Bantah, Jangka Tanding Bebas

Saipul Bahrin

Oleh AMIRUL HAFIZ

PASIR PUTEH – Pas Parlimen Pasir Puteh bakal berhadapan laluan sukar sekiranya masih mempertaruhkan Drs. Saiful Bahri Mohamed sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal pada Pilihan Raya Umum – 13 (PRU – 13) ini.

Beberapa ahli dan penyokongnya kini telah membayangkan situasi itu sebaik sahaja Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan bahawa Saiful Bahri akan dipilih bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

Nik Abdul Aziz mengumumkan Saiful Bahri sebagai calon bagi DUN Selising pada majlis Perasmian Peletakan Batu Asas projek pembinaan stadium di Bukit Merbau, Selising di sini baru-baru ini.

Menurut sumber dalaman parti itu, mereka akan membantah keputusan tersebut pada pilihan raya umum ini dengan meletakkan calon dari ahli Pas untuk bertanding atas tiket bebas.

“Sekiranya keputusan itu kekal, kita akan bantah dengan cara bertanding atas tiket bebas. Awal pertengahan bulan ini kita jangka akan umumkan calon berkenaan,” katanya kepada Detikperubahan di sini hari ini.

Katanya, sebagai bantahan awal kumpulan terbabit telahpun menutup bilik gerakan Unit Peti Undi (UPU) Tasik di sini.

Difahamkan, bantahan tersebut berikutan mereka tidak boleh menerima Saiful Bahri sebagai calon setelah mendakwa penyandang kerusi DUN Selising itu sebelum ini dikaitkan dengan skandal seks bersama isteri orang.

Kontroversi Saiful Bahri mencemar politik Pas Kelantan apabila dilapor ditangkap ketika sedang berzina dengan isteri orang di dalam ‘koc’ keretapi beberapa tahun lalu.

Isu tersebut turut mendapat liputan meluas akhbar dan media maya.

Bekas Ketua Keselamatan Pas Pasir Puteh, Shaidi Hussin pernah mendedahkan perkara tersebut melalui beberapa siri ceramahnya di kawasan sekitar sehingga beliau mendapat beberapa ugutan termasuk bunuh.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: