Rancak Tabur Fitnah Bukti Pas Makin Tertekan

_MG_8825

Oleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Pas dilihat semakin tertekan sehingga sanggup mereka fitnah memburuk-burukkan UMNO dan Barisan Nasional bagi menakut-nakutkan rakyat di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad berkata, sejak akhir-akhir ini Pas mula menabur fitnah dengan mendakwa sekiranyab Kelantan jatuh ke tangan UMNO akan berleluasa maksiat.

Beliau berkata, pihaknya tidak terkejut dengan tindakan Pas itu malah sudah menjangka ia akan berlaku memandang Pas kini dilihat semakin terdesak.

“Akhir-akhir ini Pas mendakwa bahawa jika UMNO BN memerintah Kelantan maka kegiatan maksiat seperti judi, toto dan arak akan bertambah. Ini adalah fitnah yang direka oleh mereka untuk menakutkan rakyat Kelantan. Sudah ada sticker yang dibuat untuk menaburkan fitnah ini.

“Kita tidak terperanjat dengan tindakan ini kerana mereka kata UMNO ini tolak Islam dan UMNO ini tidak ada agama. Ini antara fitnah yang dilemparkan terhadap kami. Jadi tindakan mereka ini tidak memeranjatkan kami,” katanya kepada media ketika mengulas dakwaan Pas terhadap UMNO.

Beliau berkata, Pas dan sekutunya akan menggunakan apa jua taktik kerana kedudukan mereka yang semakin tertekan kini.

“Pas semakin tertekan kerana angin perubahan di seluruh Kelantan itu begitu hebat. Gelombang Merah semakin kuat dan gerakan Tukar semakin mendapat sambutan. Jadi mereka takut dan tertekan dengan kebangkitan BN itu. Maka mereka akan gunakan taktik-taktik yang menjadikan rakyat Kelantan bimbang,” katanya.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: