1,000 Berpiket Minta Polis Siasat Cubaan Cetus Keganasan

IMG_3575

Oleh HANA MARYAM

PASIR PUTEH – Kira-kira 1,000 penyokong UMNO berpiket sebelum berarak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Pasir Puteh untuk membuat laporan polis berhubung cubaan yang didakwa mencetus keganasan oleh sekumpulan aktivitis ‘NGO R’ terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan pelekat T di Jalan Madrasah di sini, hari ini.

Perhimpunan kira-kira jam 11.35 pagi di hadapan bangunan UMNO Bahagian itu bertujuan mendesak campurtangan pihak berkuasa meredakan ketegangan dan tindakan melampau pihak tertentu terhadap penyokong UMNO khususnya pemilik kenderaan yang menampal pelekat ‘T” pada kenderaan masing-masing.

Kumpulan yang diketuai Pentadbir Mukim Limbongan, Tengku Hussin Tengku Abdul Rahman itu turut membuat empat repot polis berhubung desakan itu di IPPD terbabit pada pukul 12 tengahari tadi.

Menurut Tengku Hussin, repot polis itu dibuat ekoran sebuah kenderaan penyokong UMNO yang menggunakan pelekat ‘T” telah dirempuh oleh tiga kenderaan yang menggunakan pelekat R di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, dekat sini 4 April lalu.

Katanya, mangsa terbabit sudahpun membuat laporan polis dan meminta siasatan terperinci dilakukan kerana kes berkenaan dianggap sebagai satu ancaman keselamatan.   “Laporan polis yang dikemukan itu bukan untuk mencetus ketegangan tetapi untuk memastikan segala insiden yang menjurus kepada tindakan ganas yang boleh menegangkan suasana pilihan raya umum kali ini tidak berlaku,” katanya ketika ditemui di sini.

Difahamkan sekumpulan penyokong NGO R dan pemimpin Pas setempat turut membuat aduan yang sama pada pukul 9 pagi tadi dengan menyerahkan seorang yang dikatakan terbabit dalam insiden rempuhan itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong UMNO kerana pada hari kejadian itu kereta yang melakukan rempuhan itu adalah tiga buah.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian berkenaan, Aminuddin Mohamad menyifatkan tindakan itu sebagai satu provokasi yang dicanang oleh pembangkang.

“Ini saya anggap sebagai provokasi yang berniat jahat. Ada unsur jenayah dan menggunakan kenderaan sebagai senjata. Jika dibiarkan berlanjutan ianya mungkin akan menyebabkan bertambahnya ketegangan di antara penyokong UMNO dan Pas di kawasan ini. Ketiga-tiga orang yang merempuh sepatutnya perlu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kawad cam perlu dilakukan segera dan keterangan persekitaran iaitu keselamatan pelajar kerana berhampiran dengan sekolah perlu diteliti oleh pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabat UMNO Bahagian Pasir Puteh, di sini hari ini.

Aminuddin berkata, suasana pilih raya umum seharusnya diselesaikan dalam suasana yang harmoni tanpa perlu merasakan keselamatan nyawa dan kerosakan harta benda terancam.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “1,000 Berpiket Minta Polis Siasat Cubaan Cetus Keganasan”

  1. zelanwahab
    April 7, 2013 at 7:31 pm #

    Pasir Putih merupakan kubu kuat BN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: