Besar Manfaat Manifesto BN Untuk Rakyat Kelantan

Awang Adek

 

Oleh HANA MARYAM

 

BACHOK – Pelbagai manfaat dan keuntungan yang bakal diperolehi rakyat Kelantan dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan, ekonomi, peluang pekerjaan, perniagaan dan perumahan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malam tadi jika rakyat negeri itu memberi mandat kepada BN memerentah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Awang Adek berkata, manfaat itu termasuk 90  peratus rakyat Kelantan bakal  mendapat faedah dibawah tambah nilai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) yang akan dinaikkan secara berperingkat sehingga RM1,200 untuk pemerima yang sudah berkeluarga dan RM600 bagi golongan muda.

“Ia jumlah yang tertinggi disebabkan sebilangan besar rakyat Kelantan memenuhi syarat berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan. Selain itu, Kelantan juga berpeluang menerima pelaburan yang dianggarkan bernilai RM100 bilion yang mana sekali gus bakal membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

“Adalah tidak mustahil sekiranya mendapat mandat pelbagai masalah yang membelenggu rakyat seperti masalah bekalan air, lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai akan diberikan keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek bernilai RM30,000 kepada enam mangsa kebakaran rumah di pondok Kampung Kolam di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya dua masalah utama itu dapat diselesaikan segera ia mampu menarik kemasukan pelabur tempatan dan asing untuk melabur di negeri ini.

“Kelantan memiliki bahan-bahan mentah, pekerja mahir, separuh mahir dan tidak mahir yang mencukupi dan ini menunjukkan Kelantan berpotensi untuk menarik pelaburan. Tambahan pula kos sara hidup yang masih rendah selain banyak kawasan yang sesuai untuk dikhaskan sebagai tapak kilang tidak seperti di negeri lain yang agak padat,” katanya.

Berdasarkan apa yang diumumkan Najib, beliau berkata, rakyat Kelantan juga berpeluang untuk memiliki sendiri rumah sebahagian besar daripada 1 juta rumah mampu milik.

“Ia dapat mengurangkan sebagaimana yang berlaku perebutan terhadap 1,000 buah rumah yang bakal dibina oleh kerajaan pusat di Kota Baharu, bulan lepas. Kita berharap rakyat Kelantan tidak akan mensia-siakan peluang itu,” katanya.

Malam tadi, Perdana Menteri mengumumkan manifesto “Menepati Janji, Membawa Harapan” yang mengandungi 17 teras yang dianggap realistik dan komprehensif itu meliputi aspek kehidupan pelbagai kehidupan rakyat dihadapan 50,000 penyokong BN di Stadium Putra Bukit Jalil.

Ia meliputi penambahan nilai BRIM, menyedia 1 juta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), jalan Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai, bekalan air, pengwujudan 3 juta peluang pekerjaan dan RM1 trion pelaburan.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: