Calon Bidang Terjun: Pas Terus Perjudi Kesetiaan Ahli

Zaiyadi Awang Noh

Zaiyadi Awang Noh

Oleh HANA MARYAM & AMIRUL HAFIZ

BACHOK – Pas terus memperjudikan kesetiaan dan ketaatan ahli serta penyokong apabila dikatakan akan mengizinkan bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Zaiyadi Awang Noh menggunakan logo parti itu pada pilihanraya umum ke-13.

Menurut sumber dalaman, Pas dikatakan terpaksa berbuat demikian memandangkan parti itu tidak mempunyai calon berkelayakan untuk menentang bakal calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Bachok iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussain.

Katanya, Zaiyadi dikatakan bakal dipertaruhkan pada PRU-13 untuk mengekalkan kerusi Parlimen Bachok yang disandang oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

“Saya rasa pimpinan patut sedar mungkin keputusan itu silap memandangkan beberapa sejarah sebelum ini menunjukkan kegagalan calon bidang terjun untuk membela nasib dan kebajikan rakyat,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini, hari ini.

Jelas beliau, Pas Bachok sebenarnya tidak memerlukan calon bidang terjun yang muncul pada musim pilihanraya sebaliknya mereka memerlukan pemimpin yang benar-benar mampu menjaga kebajikan rakyat.

Mengulas mengenai dakwaan kemungkinan Zaiyadi akan menyertai Pas dalam masa terdekat ini, beliau menjelaskan tindakan itu tetap juga mengguris hati ahli dan penyokong Pas yang telah lama bekerja untuk parti.

“Sekalipun calon yang dimaksudkan itu menyertai Pas, ia tetap juga akan menyakiti hati ahli dan penyokong memandangkan sehingga kini beliau masih lagi belum menyerahkan borang keahlian biarpun rancak berceramah bersama pimpinan Pas.

“Yang tindakan itu menunjukkan seolah-olah Pas ketandusan pemimpin dan ia juga mungkin menunjukkan pimpinan tempatan Pas di Bachok ini tidak mempunyai tokoh kepimpinan sehingga sanggup diberikan tawaran kepada orang lain,” katanya.

Tambah beliau, Pas kawasan tidak ketandusan pemimpin kerana sebelum ini ada antara calon yang disebut bakal mewakili Pas untuk kerusi Parlimen ialah Ketua Pemuda Pas Kawasan, Ahmad Marzuk Shaari dan Setiausaha Pas Kawasan Huzaimi Hussin.

Seorang penyokong Pas, Hassan Mohamad, 40-an berkata, tindakan pimpinan Pas itu secara tidak langsung merosakkan kepercayaan dan kesetiaan ahli dan penyokong parti itu.

“Agak menghairankan kenapa pimpinan Pas sanggup sekali lagi memberikan kebenaran orang luar menggunakan logo Pas.

“Tindakan ini seolah-olah menunjukkan mereka (pimpinan) tidak serik dengan apa yang berlaku sebelum ini.

“Sebelum ini Pas memberikan kebenaran kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tetapi kita boleh lihat apa yang Ibrahim Ali lakukan,” katanya.

Pilihan raya Umum 2008 Pas membenarkan Ibrahim bertanding dengan menggunakan lambang Pas.

Bagaimanapun Ibrahim gagal memanfaatkan kemenangan itu selepas bertindak berpaling tadah dari Pas kemudiannya.

 

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: