BN Tetap Bina Hospital Di Bachok

067

Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussain menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menyifatkan janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina sebuah hospital yang dianggarkan bernilai RM120 juta sebagai satu pembohongan.

Beliau berkata, dakwaan itu adalah fitnah memandangkan hospital berkenaan akan tetap dibina di lokasi yang telah dipilih iaitu di Kampung Bator Jelawat dekat sini.

Katanya, pembinaan hospital itu mungkin akan mengambil masa kerana ia membabitkan memerlukan pelbagai proses seperti pengambilan tanah.

“Setelah selesai semua urusan itu, kita dapat menjalankan pembinaannya seperti yang dirancang bagi menjaga kesihatan penduduk. Hospital berkenaan akan dilengkapi 76 buah bilik untuk permulaannya.

“Kita gembira dengan penubuhan pusat dialisis yang akan diadakan di Bachok ia akan memudahkan penduduk yang menghidap penyakit buah pinggang mendapatkan rawatan. Ini bukti keprihatinan kerajaan pusat yang mengutamakan rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Tibi Sedunia 2013 peringkat negeri Kelantan di Pasar Jelawat, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan pembinaan hospital dijajahan Bachok yang dirancang kerajaan pusat sebagai satu pembohongan kepada rakyat di jajahan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, segala urusan berkaitan tanah di kawasan pembinaan hospital sudahpun selesai dan majlis pecah tanah dijangka akan diadakan dalam seminggu dua ini.

“Kerja-kerja pembinaan hospital di kawasan seluas 23.068 hektar itu akan dilakukan pada tahun ini juga. Untuk permulaan, hospital itu akan beroperasi tanpa pakar dan kita lihat perkembangan pesakit, kalau perlu kita akan adakan hospital untuk pakar,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: