Husam Auta Lagi, Harakah Kecut Telur

husamnaked

Ketika berceramah di Jeli, Husam anak Musa dengan riak dan takbur mendabik dada untuk menyatakan bahawa dia tidak takut disaman oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Malah dia mencabar supaya Mustapa tidak menunggu sehingga 48 jam untuk menfailkan saman. Katanya, dia bersedia pada bila-bila masa untuk berhadapan dengan Mustapa di mahkamah.

Penulis tergelak besar bila mendengar cabaran Husam itu kerana terang-terang ia tidak lebih daripada strategi politik Husam untuk meredakan rasa was-was rakyat Kelantan terutama ahli Pas ke atas kredibilitinya.

Mari kita melihat kembali apa fitnah Husam dalam Harakadaily.net pada 23 Mac 2013 terhadap Mustapa:

‘Pada ceramah itu beliau (Husam) turut mendedahkan pemimpin-pemimpin Umno diberi lot saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) sehingga 400 lot seorang.

 

Beliau mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi saham FGVH sebanyak 400 lot kepada setiap ketua-ketua bahagian Umno di Kelantan.

 

“Sedangkan saham tersebut diperuntukan kerajaan untuk peneroka yang miskin. Peneroka pula terpaksa membuat pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH, sedangkan pemimpin Umno diberi percuma.

 

“Inilah yang menyebabkan kroni pemimpin Umno mendapat keuntungan mudah dalam sekelip mata apabila menjual saham tersebut,” katanya.

(http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=17639:lahad-datu-menteri-sepatutnya-letak-jawatan&catid=34:primary&Itemid=56 )

Bagaimanapun ketika berceramah di Jeli bersama dengan Ketua Pembangkang,Husam Kambing-2 Husam langsung tidak menyentuh mengenai saham FGVH yang diberikan kepada ketua UMNO Bahagian di Kelantan.

Sebalikny Husam buka cerita lain malah beliau telah mengemukakan surat terbuka kepadaMustapa dengan pelbagai fitnah.

Tidak perlu untuk penulis huraikan fitnah itu kerana khabarnya pasukan peguam sedang meniliti surat tersebut untuk tindakan undang-undang seterusnya.

Banyak perkara yang diada-adakan oleh Husam. Soalnya kenapa alih isu dengan bercakap perkara yang bukan-bukan? kalau benar seperti yang dikatakan sebelum ini Husam sewajarnya konsisten jelaskan bagaimana dan siapa yang mendapat saham FGVH itu.

Jangan bercakap di awang-awangan. Apa yang pasti ada beberapa lagi pemimpin UMNO dan individu tertentu sedang meniliti untuk menyaman Husam.

Husam perlu ingat mahkamah bukannya pentas sarkas untuk kura-kura dan kambing jamnapari membuat persembahan.

Oh lupa! mungkin China Doll akan membantu Husam di mahkamah nanti.

Satu perkara lagi, kenapa Harakahdaily.net tidak menyiarkan ucapan Husam di Jeli itu? Kenapaa Harakahdaily.net tidak melaporkan surat terbuka Husam?

Apakah Harakahdaily.net sudah kecut telur takut kena saman untuk kali kedua dan ketiga.

Nampak sangat apa yang dikatakan Husam tidak mempunyai asas sehingga lidah rasmi Pas sendiri takut untuk menyiarkan kenyataan Naib Presiden mereka sendiri.

Oh! mungkin Aslani M atau Mohd. Nor Yahya atau Rizal Atau Salmah Husin atau Mazlan Jusoh sedang bercuti sambil belajar di Hatyai.

Tags: , , , , , ,

Categories: Kolumnis

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: