Pas Jual Tanah, Fatmi Janji Ambil Balik

fatmiKOTA BHARU – Kira-kira tujuh tahun lalu, seramai 80 penduduk setinggan di Kampung Limau Manis di sini diusir kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas bagi membolehkan sebuah syarikat membangunkan projek kondomonium di tanah seluas 1.6 hektar di situ.
Penduduk yang telah tinggal di tanah itu sejak sekian lama ketika itu telah diberikan pampasan yang dianggap mereka tidak setimpal dan tidak diberikan rumah mampu milik sebagai ganti seperti dijanjikan.
Kini, tapak kondominium yang dikatakan mahu dibina itu “semak merimbun” tanpa sebarang petanda projek itu akan dibina yang dianggap penduduk sekitar sebagai kawasan “berhantu” yang hanya dipenuhi haiwan berbisa seperti ular.
Sebagai tanda prihatin terhadap nasib penduduk itu, Ketua Umno Bahagian Kota Baharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh hari ini meninjau lokasi berkenaan bersama bekas penduduk di kampung itu.
Mohd Fatmi yang bersimpati dengan nasib penduduk berjanji akan memulangkan semula tanah berkenaan kepada mereka sekiranya Barisan Nasional (BN) mendapat mandat mentadbir Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 ini.
“Saya berjanji kepada penduduk, Umno dan BN akan mengembalikan semula tanah tersebut kepada rakyat dengan apa cara sekali pun jika BN menang pada pilihan raya umum ini.
“Walau dibawa sehingga ke mahkamah kita akan lakukan dan tanah seluas ini akan kita kembalikan kepada penduduk yang diusir dengan kita (akan) membina hampir 1,000 Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kerajaan yang berkuasa boleh membatalkan segala bentuk perjanjian terdahulu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan itu.
Mohd Fatmi yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, adalah sesuatu yang sangat membazir apabila pemaju tidak mengusahakan tanah yang terletak di tengah bandar itu.
Katanya adalah lebih baik kerajaan Kelantan mendirikan rumah mampu milik daripada membenarkan pengusaha membina kondominium yang sudah tentu rakyat berpendapatan rendah tidak mampu membelinya.
Hussin Yen Abdullah, 67, berkata beliau hanya dibayar RM1,000 sebagai pampasan untuk keluar dari rumah yang didiami di tanah berkenaan

Husin Yen Abdullah

Husin Yen Abdullah

pada 2006.

“Saya kerja buruh. Waktu itu saya hanya menyewa dengan kadar RM120 sebulan dan sudah tinggal lebih 10 tahun. Bila kena halau saya terpaksa menyewa di Kutan, Tumpat dan sehingga kini hidup saya tidak ada kesudahan dan masih menyewa.
“Memang saya marah tidak diberikan rumah ganti yang mampu kami beli dan projek ini pula terbengkalai begitu sahaja. Saya sedih lihat keadaan ini,” katanya.
Daud Seman, 75, mengharapkan agar kerajaan Kelantan menunaikan janji untuk diberikan rumah seperti yang dijanjikan selepas pengusiran itu.
Katanya ibarat “buah yang tidak gugur” dan janji kerajaan Kelantan itu tetap tidak terlaksana dan berharap BN akan mengubah keadaan dengan dapat mendirikan PPR di kampung berkenaan.
Daud Seman

Daud Seman

“Kalau menang dan BN buat rumah, saya akan memohon kerana kawasan yang saya tinggal ini dahulu banyak kenangannya. Saya berharap sangat keadaan yang ada sekarang dapat berubah,” katanya.

Abdullah Che Man, 53, berkata sebelum diusir, beliau diberi pampasan RM1,500 kerana mendakwa rumah yang didudukinya adalah kecil dan kini menyewa tidak jauh dari kawasan berkenaan.
Beliau yang menghidap beberapa penyakit kronik seperti jantung dan lelah itu berharap akan memperoleh rumah sendiri dengan jaminan BN itu.
“Sampai bila pakcik nak menyewa. Sudahlah tidak mampu bekerja, saya juga tidak mendapat mana-mana bantuan. Jaminan Datuk Fatmi ini saya sambut baik sangat,” katanya.

Tags: , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: