Hapus BR1M, Bukti Rafizi Cetek Ilmu Ekonomi

Awang AdekOleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebagai seorang yang cetek ilmu ekonomi apabila memberikan cadangan untuk menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran Negara selepas Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Awang Adek berkata, kenyataan Rafizi itu menunjukkan beliau dangkal ilmu ekonomi dalam usaha membantu golongan bawahan.

“Kerajaan memberikan BR1M kepada golongan berpendapatan rendah yang kurang RM3,000 sebulan adalah untuk meringankan bebean hidup golongan terbabit.

“Jika ia dihapuskan denan tujuan untuk menurunkan harga minyak ia lebih banyak memberi faedah kepada golongan berada yang menggunakan kereta besar dan memerlukan pengunaan minyak yang banyak bukannya golongan bawahan yang rendah pendapatannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Memengah Kebangsaan Kubang Telaga di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi berhubung pemberian BR1M kepada rakyat di negara ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussin.

Rafizi dilaporkan berkata, berdasarkan anggaran pribadi beliau, pemberian BRIM melibatkan peruntukan antara RM7.2 bilion hingga RM11 bilion itu memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

Katanya, peruntukkan itu sepatutunya digunakan untuk menurunkan harga barang, minyak dan kereta serta menghapuskan tol.

Jelas Awang Adek, jika itu yang dicadangkan Rafizi bagaimana pula golongan berpendapatan rendah yang menggunakan kereta kecil dan motosikal yang menggunakan minyak yang sedikit tidak banyak mendapat manfaat.

“Ini bermakna rakyat yang berpendapatan rendah akan terus hidup tertekan untuk menghadapi kenaikan harga barangan terutama diperingkat global.

“Cadangan Rafizi itu songsang kerana lebih pentingkan kepada golongan yang berada,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, rakyat golongan bawahan seharusnya sedar jika mereka mahukan pemberian BRIM diteruskan dengan nilainya ditambah secara berperingkat-peringkat sehingga RM1,200 mereka tiada pilihan lain selain mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13 kelak.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: