Janji BN Untuk Raih Pelaburan RM1.3 Trilion Realistik

imagesKUALA LUMPUR – Janji Barisan Nasional (BN) meraih pelaburan RM1.3 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang, seperti yang dimuatkan dalam manifesto yang dilancarkan baru-baru ini, adalah realistik, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata tidak mustahil bagi Malaysia untuk memperoleh pelaburan sebanyak itu berdasarkan rekod pelaburan swasta yang kukuh tahun lepas, yang melepasi sasaran Miti.

“Pelaburan swasta pada masa ini kukuh. Dengan segala manfaat yang kita peroleh di Malaysia, saya yakin kita mampu menarik lebih banyak pelaburan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu.

Mustapa juga berkata manifesto tersebut bersifat menyeluruh, komprehensif, dan telah menceritakan kejayaan BN sepanjang lima tahun lepas.

“Untuk mencapai kejayaan dengan jayanya, kita perlu membina kekuatan kita. Jadi, dasar-dasar yang telah kita laksanakan, khususnya program transformasi nasional, yang meliputi transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, telah membawa banyak kejayaan, termasuk kadar pertumbuhan ekonomi yang baik, kadar inflasi dan pengangguran yang rendah.

“Kerajaan juga, untuk tempoh lima tahun yang lepas, berjaya menangani isu kenaikan harga barang dengan memberi bantuan secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Untuk tempoh lima tahun yang akan datang, jika diberi peluang, Mustapa berkata BN akan meneruskan bantuan langsung ini kepada rakyat secara “tersasar”, dan akan terus berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: