Pas Kuda Tunggangan DAP

Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz

Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz

Oleh AMIRUL HAFIZ & HANA MARYAM
KOTA BHARU – Keputusan Pas membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jelas menunjukkan Pas adalah kuda tunggangan Dap.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, tindakan Pas itu membuktikan parti itu kini sanggup menggadaikan prinsip asal perjuangan dan hanya mementingkan pencapaian matlamat untuk berkuasa.

Beliau berkata, DAP adalah sebuah parti yang cauvinis yang hanya mementingkan sebelah pihak dan taat setia kepada DAP merupakan perbuatan sangat merbahaya.

“Pas sepatutnya perlu peka dengan realiti. Ini kerana pendirian DAP jelas menolak Islam dan sekiranya kita cuba membuka ruang seperti ini maknanya kita turut menyokong perjuangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak akan menarik balik persetujuannya membenarkan DAP menggunakan lambang Pas pada PRU – 13 ini meskipun menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong di peringkat akar umbi.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, kebenaran itu diberikan berdasarkan persefahaman bersama di antara Pas dan DAP berdasarkan konsep resolusi yang disepakati antara parti dalam pakatan pembangkang.

Kenyataan Abdul Hadi itu telah menimbulkan keresahan ahli Pas di peringkat akar umbi malah bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha secara tegas menyatakan ahli-ahli parti akan menghukum parti itu pada PRU – 13 jika benar keadaan tersebut berlaku.

datuk-mohd-fared-abdul-ghaniMengulas isu yang sama, Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, demi menjaga hubungan parti dengan DAP, Pas sanggup melakukan apa sahaja biarpun jelas DAP adalahs ebuah parti yang secara terang menolak Islam.

“Ini adalah kemuncak tekanan politik yang dihadapi Pas akibat bergabung dengan DAP.  Perasaan dan pendapat ahli serta penyokong tidak lagi diambil kira dalam membuat keputusan. Apa yang jelas ialah Pas sebenarnya ingin membantu untuk menaikkan orang yang menentang Islam,” katanya.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: