Pas Pengkalan Kubor Tolak Calon PKR

UPU Pengkalan Kubor

Oleh HANA MARYAM

TUMPAT – Pas sekali terpaksa berdepan dengan masalah dalam pembahagian kerusi dengan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila sekumpulan jenteranya di 12 Unit Peti Undi (UPU) di Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor mengambil keputusan menolak keputusan mencalonkan wakil PKR mewakili parti itu di DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Ketua UPU Pengkalan Kubor, Abdul Razak Roslan berkata, keputusan itu dibuat ekoran wujud perebutan kerusi di Dun terbabit apabila dua calon PKR yang disebut-sebut akan bertanding bertelingkah antara satu sama lain untuk menjadi calon.

“Kami telah pun menghantar memorandum dan bantahan kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pimpinan tertinggi Pas dan PKR sejak 2010 lagi bagi memaklumkan masalah ini.

“Namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dan maklum balas yang kami terima berhubung memorandum yang kami serahkan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang mewakili kumpulan terbbait berkata, tindakan itu dibuat kerana rasa tanggunjawab bagi memenangkan DUN Pengkalan Kubor dan tidak mahu tertipu lagi.

“Kami tidak sanggup merasai kekalahan kali kedua sepertimana kekalahan pada PRU 12 apabila dun Pengkalan Kubor yang meletakkan calon PKR tewas pada Barisan Nasional (BN),” katanya.

PRU 12 pada tahun 2008, Dun Pengkalan Kubor meletakkan calon PKR, Hassan Berahim bagaimanapun beliau tewas kepada calon BN, Datuk Noor Zahidi Omar dengan majoriti 100 undi.

Jelasnya, jika pimpinan Pas gagal menyelesaikan masalah tersebut tidak mustahil apa yang berlaku di Guchil akan turut berlaku di Pengkalan Kubor.

“Sekiranya PKR kekal bertanding di N01 di Dun Pengkalan Kubor ini, tidak mustahil apa yang berlaku di Dun Guchil, Kuala Krai akan berlaku di sini,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: