Pas Tabur Fitnah Tutup Kelemahan

images
Oleh AMIRUl HAFIZ & HANA MARYAM

KOTA BHARU –Pas Kelantan dilihat semakin tertekan apabila parti itu didakwa membuat tuduhan tidak berasas dengan mengatakan UMNO membina masjid bukan kerana Islam bagi menutup kelemahan kepimpinan sejak lebih 23 tahun menerajui negeri ini.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendikiawan Ilmuan Kelantan (Icik), Mohd. Zawawi Awang, tekanan itu semkain ketara apabila pimpinan Pas mula menyedari sokongan rakyat terhadap parti itu kian merosok menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Beliau berkata, dakwaan itu sengaja dibuat bagi menyelamatkan parti itu untuk terus diberi mandat.

“Apa yang kita lihat PAS terpaksa mengambil pendekatan dengan menyebarkan pelbagai dakwaan dan tuduhan tidak berasas bagi menyelamatkan keadaan dengan meracun fikiran rakyat biarpun ia bercanggah dengan tuntutan agama.

“Ini satu langkah atau cara untuk bagi menutup kelemahan Pas yang tidak pernah membina masjid melainkan sebuah sahaja di Rantau Panjang sepanjang pentadbirannya selama lebih 20 tahun.

“Sedangkan UMNO bukan sahaja membina masjid baru tetapi banyak juga yang dibaik pulih,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam dilaporkan berkata, UMNO bina masjid bukan kerana Islam sebaliknya untuk menjadi kontraktor dan program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

Mengulas isu terbabit, Mohd. Zawawi turut mempersoalkan hukum nikah antara orang Pas dan UMNO apabila Nik Abdul Aziz menghukum UMNO menolak Islam.

“Dia (Nik Abdul Aziz) mesti jelaskan hukum ini. Sebab bila tolak Islam sekali gus hukumnya kafir. Jadi orang Pas yang berkahwin dengan UMNO tidak sah, mereka mesti mufarakah. Nik Aziz perlu bertanggungjawab dalam soal ini.

“Nik Aziz juga mesti jelaskan status anak yang lahir hasil perkongsian hidup antara orang Pas dan UMNO,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan taraf Nik Aziz yang dikatakan semakin angkuh menjatuhkan hukum terhadap seseorang.

“Sejak kebelakangan ini Nik Abdul Aziz kian melampau ketika membuat sesuatu kenyataan, dan ini boleh menyebabkan perpecahan antara sesama orang Islam.

“Rakyat perlu berwaspada dengan fenomena yang boleh menyesatkan ini dengan cara mendalami ilmu agama, bukan dengar cakap,” katanya.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: