PRU-13: Ibrahim Ali Pertimbang Pelawaan Dr. M

px_05.1Datuk Ibrahim Ali akan mempertimbangkan pelawaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau sangat menghargai pelawaan itu kerana sebelum ini pernah berkhidmat di dalam UMNO bermula dari peringkat Pemuda, exco Pemuda, ketua bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya hargailah pandangan Tun (Dr. Mahathir) terhadap diri saya kerana mungkin dia ikuti dan mengenali saya dengan agak lama, dan dia tahu baik buruk saya. Saya terserah, hanya nak berkhidmat kepada rakyat dan hanya nak berjuang untuk agama bangsa dan negara.

“Saya bukan saja akan pertimbangkan, tetapi kalau diberi kesempatan ingin kembali kepada UMNO kerana saya orang UMNO, asalnya saya pemimpin UMNO. Cuma dulu ada sedikit pergeseran kerana saya digugur sebagai ketua bahagian selepas persempadanan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Sabah Pasir Gudang di Dewanraya Jalan Suria, Bandar Seri Alam, dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir adalah Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail dan Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah; Timbalan Yang Dipertua Perkasa Johor, Samat Atan dan wakil rakyat Sabah di Johor, Mohamed Basaran.

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 penduduk termasuk kira-kira 600 masyarakat Sulu di sekitar Pasir Gudang.

Menurut Ibrahim, beliau tidak pernah melakukan sebarang kesalahan ketika di dalam UMNO dan pengguguran tersebut mencabar maruahnya, menyebabkan dia melakukan ‘sedikit’ tindak balas.

“Mungkin waktu itu saya terlanjur sedikit, tetapi kita kena lihat apa yang terjadi. Itulah buktinya saya kasih kepada UMNO, kalau digugur dan tidak lawan maknanya saya tidak sayangkan UMNO.

“Tetapi saya begitu sentimental dengan UMNO, sebab itu saya lawan. Saya tiada berjumpa dengan sesiapa tentang hal ini (tiket BN), saya mahukan kestabilan politik negara,” katanya.

Ibrahim kali pertama menjadi Ahli Parlimen pada 1986 mewakili BN sebelum keluar UMNO untuk menyertai Semangat 46 dan kalah dalam pilihan raya umum berikutnya.

Beliau kemudian bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya umum 2004 dan dalam pilihan raya empat tahun kemudian menang atas tiket Pas tetapi mengumumkan beliau wakil rakyat bebas yang mesra BN. – UTUSAN ONLINE

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: