Husam Hebat Untuk Berentap Dengan Ku Nan

Slide1SHAH ALAM – Pas Putrajaya menyifatkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai pemimpin hebat untuk berentap merebut kerusi Parlimen Putrajaya daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Yang Dipertua Pas Putrajaya, Nazir Zakaria, kedatangan Husam ke Putrajaya sememangnya dinantikan dan mereka sedia berjuang bersama beliau untuk merampas kubu kuat BN itu.

Katanya, kubu kuat itu hanyalah andaian BN tetapi mereka tidak sedar kebanyakan rakyat dan pengundi Putrajaya dalam diam menanti detik perubahan yang bakal dicorak Pakatan Rakyat (PR).

“Maklum balas yang kita terima daripada pengundi di situ adalah positif dan menggalakkan. Oleh sebab itu, kita berani pertaruhkan Naib Presiden Pas dan beliau turut menyatakan kesediaan untuk menggempur kerusi parlimen itu,” katanya semalam.

Dalam perkembangan sama, Nazir memaklumkan seramai 1,000 jentera telah disiapkan bagi membantu gerak kerja kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Dari aspek persiapan, kita dah lama sedia cuma menunggu saat penamaan calon sahaja untuk mulakan kempen. Bagaimanapun, BN telah menyelimuti Putrajaya dengan bendera mereka dan maklum balas yang diterima mendapati rakyat ‘muak’ dengan tindakan komponen itu yang melanggar peraturan berkempen,” katanya.

Beliau berkata, Pas mematuhi arahan dan akan memulakan kempen selepas penamaan calon.

“Kita memang bersedia cuma menunggu keputusan Perbadanan Putrajaya dari sudut logistik untuk mendirikan pos dan markas Pas,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Tengku Adnan mendapat 4,038 undi manakala calon Pas, Mohamad Nor Mohamad cuma 1,304.- Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: