Putrajaya: Pas Kelantan Restui Pemergian Husam

Adakah keputusan Husam untuk bertanding di Parlimen Putrajaya tepat pada masanya?

Adakah keputusan Husam untuk bertanding di Parlimen Putrajaya tepat pada masanya?

Oleh HANA MARYAM

KOTA BAHRU – Pas Kelantan menafikan bakal kehilangan seorang pemimpin hebat parti itu ekoran keputusan Pas Pusat meletakkan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa sebagai calon parti itu di Putrajaya adalah untuk berentap merebut kerusi Parlimen Putrajaya daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, istilah kehilangan tidak pernah wujud sebaliknya ia adalah satu usaha untuk menunjukkan kesungguhan Pas bagi merebut Putrajaya.

Tambahan pula katanya,  Husam sendiri sebelum ini sudah beberapa kali menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Putrajaya.

“Dia (Husam) sendiri sudah beberapa kali menawarkan diri untuk bertanding di Putrajaya. Dia suka berdepan cabaran. Lagipun keputusan parti itu menunjukkan kesungguhan pimpinan untuk menawan Putrajaya,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan parti meletakkan Husam sebagai calon parti itu di Putrajaya yang bertujuan untuk merampas kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Difahamkan kedatangan Husam ke Putrajaya sememangnya dinantikan dan Pas kawasan terbabit sedia berjuang bersama beliau untuk merampas kubu kuat BN itu.

Namun dalam masa yang sama wujud khabar angin yang mendakwa Husam terpaksa mencari tapak untuk bertanding di luar Kelantan kerana rakyat Kelantan sudah muak dengan pelbagai perancangan yang tidak realistik yang dibuat pemimpin itu.

Malah ada juga yang turut mendakwa keputusan Husam itu sengaja menempah kekalahan memandangkan Putrajaya adalah kubu kuat BN.

Mohd Amar bagaimanapun menafikan perkara itu sebaliknya berkata, keputusan itu adalah tepat memandangkan kesedaran rakyat untuk mengubah kerajaan semakin tinggi.

“Saya tidak boleh komen lebih tetapi apa yang saya tahu yang disiarkan di akhbar dan media itu adalah keputusan beliau (Husam) sendiri. Lagipun saya tidak tahu mengenai perkara itu.

“Selain kesungguhan parti untuk menawan Putrajaya, saya yakin dengan kesedaran rakyat untuk menukar kerajaan pasti keputusan itu tidak akan mengecewakan. Kalau kita lihat bukan sahaja Husam yang berpindah tetapi juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob juga bakal meninggalkan Kelantan untuk ke Parlimen Pulai,” katanya.

Untuk rekod pada pilihan raya umum 2008, Tengku Adnan mendapat 4,038 undi manakala calon Pas, Mohamad Nor Mohamad  memperolehi 1,304.

Tags: , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Putrajaya: Pas Kelantan Restui Pemergian Husam”

  1. albanjari
    April 10, 2013 at 9:33 pm #

    jgn pandang sebelah mata… ramai org kelantan jd kakitangan awam kat pj tu… dasar kerajaan bantu org kelantan dgn bagi kerja menjadi senjata makan tuan…. tengok lah… anjing akan gigit tangan org yg bagi makan… sebenarnya kalau takat nak kerani tak payah amik jauh sampai kelantan… kat selangor ni bersepah anak2 dara nak jd kerani… tp kesian kelantan xda peluang kerja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: