BN Janji Ubah Kelantan Berteraskan Islam

1

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Mengubah landskap pembangunan Kelantan berteraskan Islam. Itulah janji yang dibuat Barisan Nasinal (BN) Kelantan sekiranya diberi mandat untuk mentadbir negeri ini selepas Pilihanr Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan dalam Akujanji BN Kelantan bertemakan ‘Rakyat Dihati Janji Ditepati’ yang dilancar Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Dalam AkuJanji 20 muka surat itu, BN menyatakan tonggak utamanya ialah untuk mengubah landskap Kelantan dengan pelbagai pembangunan yang menjadikan negeri ini membangun dan maju dengan perteraskan Islam.

BN juga akan memperlihatkan Islam dari segi kemuliaan akidah bagi memastikan kemajuan dan kemakmuran umat Islam dan rakyat Kelantan menjadi kenyataan berdasarkan prinsip maqasid syariah yang mana dua prinsip penting yang didokong iaitu Islam dan kecemerlangan.

Selain itu, BN akan melaksankan pentadbiran negeri berteraskan islam dengan mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyah) dalam semua pendekatan, meningkatkan peranan institusi masjid dan surau sebagai pusat pendidikan seumur hidup dan mengadakan program pembangunan ummah dan pembinaan insane secara tersusun dan bersepadu.

Pada AkuJanji itu juga BN berjanji untuk melahirkan para daei, imam dan pegawai masjid yang berwibawa dengan memantapkan institusi pengajian al-Quran dan menubuhkan pusat latihan perkaderan Islam.

BN juga berjanji meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat, menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah ibadat di samping menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat selain mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan kenaikan gaji.

Selain itu, BN berjanji untuk meningkatkan kualiti sekolah agama rakyat dan membenarkan pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan, dan menyediakan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan sekolah pondok.

AkuJanji itu juga turut menyatakan tujuh janji Mustapa jika BN diberi mandat memerintah negeri ini, iaitu menjanjikan pentadbiran yang adil, urus tadbir yang telus, amanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN akan mengutamakan anak-anak tempatan dalam pengagihan tanah.

Mengamal, menggalakkan serta menerapkan nilai-nilai murni sekali gus mengelakkan amalan fitnah, tuduhan, tomahan atau kata-kata kesat di kalangan masyarakat, kerajaan BN tidak akan menggondolkan tanah di Hulu Kelantan.

Menanamkan semangat patriotisme dan cintakan negara, menyediakan masa depan yang lebih baik untuk orang muda, dan BN akan mengotakan apa yang dijanjikan.

Selain itu turut dimuatkan tujuh janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memajukan Kelantan jika BN diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Tujuh janji itu ialah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit, kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 penuntut, membina masjid yang menjadi ikon negeri dengan kos RM50 juta, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, menyelesaikan masalah bekalan air dan memberi tanah kepada rakyat Kelantan yang layak.

Sementara itu, Mustapa pada sidang medianya berkata, tonggak utamanya ialah kerajaan berteraskan Islam, perpaduan dan kesejahteraan ummah.

“Pertama kita ulangi kembali apa yang dijanjikan oleh Barisan Nasional untuk negeri Kelantan iaitu tujuh projek. Kedua saya menggariskan perkara yang perlu menjamin pentadbiran yang adil, telus dan tetap, termasuklah memastikan bahawa kita melahirkan nilai-nilai murni dalam Islam, termasuklah janji untuk kita menguruskan tanah dengan penuh berhemah,” katanya.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: