Isu Lahad Datu: Umno Saman Tian Chua

tian chua ceramah manifestoKUALA LUMPUR – Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR, Chua Tian Chiang atau Tian Chua dan dua yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, baru-baru ini.

Selain Tian Chua, Ab Rauf turut menamakan Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel itu Aisha Geoffrey sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Mac lepas.

Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini selepas kes itu disebut di hadapan Hakim Rosilah Yop di dalam kamarnya.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, yang mewakili Ab. Rauf memberitahu pemberita mahkamah menetapkan 23 April ini untuk Tian Chua memfailkan pembelaan dan tarikh yang sama ditetapkan untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno” yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Ab Rauf mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa Umno merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Sabah dan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu selain mendakwa Umno adalah pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata notis tuntutan bertarikh 4 Mac lepas telah dihantar kepada Tian Chua supaya membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik kenyataan berunsur fitnah itu, tetapi Tian Chua tidak memberikan jawapannya.

Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Ab Rauf mendakwa reputasi Umno terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif kerana mengakibatkan pertumpahan darah dan tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang telah diisytiharkan sebagai milik Malaysia sejak sekian lama.

Ab Rauf memohon satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada berbicara lebih lanjut atau  menerbitkan kenyataan fitnah itu terhadapnya sama ada secara lisan, media cetak atau internet.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain- lain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: