SPR Beri Amaran Kepada Kumpulan Pengacau

imageKUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang cuba mengacau proses pengundian pada pilihan raya umum ini.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mempunyai maklumat mengenai kumpulan yang dikenali ‘MATA’ dipercayai akan menghalang  pengundi daripada menjalankan tanggungjawab mereka pada hari mengundi 5 Mei depan.

“Kita sudah kenal pasti maklumat yang dikemukakan oleh kawan-kawan kita (Polis Diraja Malaysia) mengenai kumpulan MATA ini.  Saya menasihatkan mereka yang terlibat supaya insaf dan hentikan niat untuk menganggu pada hari mengundi sebelum pihak polis bertindak.

“Mereka perlu tahu tindakan menghalang pengundi untuk mengundi adalah salah,” katanya.

Abdul Aziz berkata demikian menerusi Program khas bertajuk ‘Landskap PRU-13’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM)  menerusi TV1 malam tadi.

Beliau turut mendedahkan modus operandi kumpulan itu yang antaranya membuat kacau berhubung  dakwat kekal dan mendakwa kononnya nombor siri kertas undi boleh menyebabkan pengundinya dikenal pasti kelak.

“Modus operandi kumpulan itu ialah mereka akan mencalitkan dakwat pada jari seseorang pengundi dan kemudian mereka akan  membuat bantahan kononnya pengundi itu sudah mengundi.

“Satu lagi taktik mereka membuat kacau dengan meminta kertas undi lain daripada apa yang diberikan oleh petugas pilihan raya kononnya mendakwa kertas undi yang mempunyai nombor siri akan membolehkan pengundi dikesan kelak,” kata Abdul Aziz.

Beliau memberi jaminan warna dakwat kekal yang digunakan oleh SPR hanya boleh diketahui pada hari mengundi sahaja.       Sebelum ini, Abdul Aziz pernah menyatakan bahawa warna dakwat kekal itu adalah berbeza sama sekali dengan warna-warna   dakwat yang terdapat di pasaran.

Mengenai nombor siri pada kertas undi, Abdul Aziz berkata: “Ia tidak boleh dikesan sehingga boleh dikaitkan dengan pengundi tertentu disebabkan petugas pilihan raya tidak boleh membawa alat tulis ketika menyerahkan kertas undi itu.

“PDRM akan mengambil tindakan kepada mereka yang cuba membuat kacau. Saya sifatkan mereka ini (pengacau) mengamalkan  ajaran sesat. Mereka perlu tahu prosedur mengundi adalah rahsia,” katanya.

Beliau juga memberi jaminan 100 peratus nombor siri kertas undi tidak boleh dikenal pasti oleh pihak lain.

Abdul Aziz berkata, SPR juga tidak mengalakkan calon membawa ramai penyokong ke pusat penamaan pada 20 April nanti kerana  boleh menganggu tugas polis untuk mengawal keselamatan awam.

“Calon dinasihatkan tiba awal di pusat penamaan calon, tidak membawa ramai penyokong parti kerana akan menyusahkan polis  untuk kawal keselamatan awam. SPR juga tidak menyediakan khemah serta membekalkan makanan pada hari tersebut.

“Ramai penyokong hadir pada hari tersebut tidak memberi jaminan calon itu akan menang,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: