Ahmad Maslan Selar Pembangkang Kait Umno Dengan Video Seks

imagePONTIAN – “Tayar basikal pancit tepi jalan pun salah Umno,” kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan Umno dengan penyebaran video lucah dipercayai membabitkan seorang pemimpin pembangkang dari Pantai Timur.

Ahmad turut hairan dengan sikap pembangkang yang sering mengaitkan Umno dan Barisan Nasional apabila terjadi sesuatu perkara membabitkan pemimpin mereka.

“Tidak adil apabila mengaitkan semua yang yang terjadi dengan Umno, sepatutnya tuan punya badan tampil menafikan perkara itu.

“Kalau betul diri tak bersalah hantar video berkenaan kepada pakar untuk disahkan pelaku dalam video itu bukan dirinya,” kata Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kepada pemberita selepas merasmikan Puspro Fama Daerah Pontian, Benut di sini hari ini.

Semalam, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin pembangkang di Kampung Alor Lintang, Besut, Terengganu. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: