BN Cadangan Bina Jalan Kota Bharu-Kuala Krai Tanpa Tol

SK Telaga AraOleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Pembinaan lebuh raya Jalan lebuhraya pertama antara Kota Bharu-Kuala Krai yang bakal dibina oleh kerajaan pusat sekiranya diberi mandat oleh rakyat Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak tidak akan dikenakan tol atau sebarang bayaran dan rakyat akan dapat menggunakannya dengan secara percuma.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, ia adalah sebagai suatu janji yang tidak akan membebankan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, peruntukan pembinaan lebuhraya itu adalah sepenuhnya daripada Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menyedari rangkaian jalan lebuhraya baru yang diperlukan oleh rakyat tanpa perlu meminta sumbangan daripada rakyat di negeri ini.

“Ini adalah tanggungjawab sosial Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan dalam usaha membangunkan taraf perhubungan yang lebih efektif dan selesa. Peruntukan mengenainya datang dari kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Telaga Ara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tanda tanya pelbagai pihak sama ada lebuhraya berkenaan akan dikenakan tol sebagaimana yang dilaksanakan di negeri-negeri lain atau sebaliknya.

Pembinaan jalan itu adalah antara yang disenaraikan dalam aku janji yang terdapat dalam manifesto tambahan Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan semalam oleh Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kota Bharu.

Sebelum ini, kerajaan Pas Kelantan juga bercadang akan membina lebuhraya rakyat pada laluan yang sama iaitu dari Machang ke Kuala Krai dan Kota Bharu sepanjang 73 kilometer yang dengan melakukan upacara pecah tanah yang disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 yang lalu.

Namun sehingga kini lebuhraya yang dianggarkan menelan perbelanjaan RM1.9 bilion berbanding peruntukan asal RM2.3 bilion gagal dilaksanakan biarpun pungutan derma rakyat bagi tujuan pembinaannya dilancarkan.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, jalan itu jika menjadi kenyataan ia akan dapat mendekatkan jarak perjalanan antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur selain dapat mengurangkan kesesakan lalulintas terutama pada musim-musim perayaan, setiap tahun.

“Saya yakin langkah yang dirancang oleh kepimpinan Pas gagal untuk membina rangkaian perhubungan ini memandangkan kos yang tinggi dan perbelanjaan mengurus negeri yang ditadbir oleh Pas pun sering mengalami defisit. Rakyat perlu serahkan kepercayaan kepada kepimpinan BN Kelantan untuk melaksanakannya secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, ia juga dapat menarik pelabur asing melabur dinegeri itu untuk menjana ekonomi negeri dan menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat dalam pelbagai bidang.

Jelasnya, pembinaan lebuhraya ini juga akan menjadi faktor daya penarik pelabur asing untuk melabur di negeri ini bagi menjana ekonomi dan menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat dalam pelbagai sektor.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai, Akujanji atau manifesto tambahan yang dilancarkan BN semalam, Awang Adek berkata, ia adalah perincian janji tugasan yang bakal dilaksanakan untuk rakyat jika memerintah kelak.

Ketua UMNO Bahagian Bachok itu berkata, akujanji yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebelum ini adalah secara menyeluruh untuk semua negeri.

“Sebagai negeri yang berada di bawah pemerintahan pembangkang, BN Kelantan merasakan akujanji tambahan itu perlu untuk menangani pelbagai isu yang timbul di negeri ini.

“Boleh dikatakan setiap negeri yang berada di bawah pembangkang akan membuat akujanji tambahan untuk menangani isu berbangkit di negeri masing- masing. Contohnya di Kelantan ini ada akujanji tambahan berkaitan alam sekitar, ekonomi, masyarakat bukan Melayu, wanita, melestarikan budaya, kemudahan asas, tanah milik rakyat, bela nasib rakyat dan sebagainya.

“Kita akan buat ini secara menyeluruh dan adil tanpa mengira fahaman politik. Sebelum ini pun kita beri Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada semua, bukan seperti mereka yang berikan kepada penyokong dan ahli sahaja,” katanya.

Dalam majlis itu juga RM5,000 diberikan kepada PIBG SK Telaga Ara untuk kos penguruskan memantapkan program pembelajaran anak- anak mereka. Hadir sama pada majlis itu ialah Penyelaras Dun Jelawat, Datuk Dr Ilias Husain.

Mengulas mengenai beberapa akujanji yang menyerupai manifesto Pas pada 2008, Awang Adek berkata, apa yang terkandung dalam manifesto Pas tidak dilaksanakan sepenuhnya sehingga hari ini.

Beliau berkata, 300,000 naskah akijanji BN Kelantan telah diedarkan ke seluruh negeri untuk membolehkan rakyat melihat sendiri perubahan yang ingin dibawa ke Kelantan.

Sebelum ini Perdana Menteri memberikan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sebagai tanda mengambil berat terhadap rakyat negeri ini iaitu pembinaan lebuh raya Kuala Krai- Kota Bharu, stadium baru, perumahan rakyat 3,000, kampus bandari UiTM yang memuatkan 5,000 pelajar, pembinaan masjid ikon, mewujudkan sistem pengangkuta rapid Kota Bharu, menyelesaikan masalah air dan memberikan tanah kepada rakyat Kelantan yang layak.

Tags: , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: