Calon BN Perlu Lulus Ujian Saringan SPRM

imageMUAR – Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan akan menggugurkan calon-calon yang sudah disenarai pendek sekiranya didapati mempunyai masalah berkaitan rasuah, hutang atau kes jenayah.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses menggugurkan calon akan dilakukan selepas menjalani proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, setiap calon perlu melalui proses penting itu bagi memastikan mereka yang terpilih benar-benar bebas daripada masalah tersebut.

“Hanya mereka yang lulus saringan daripada SPRM akan terpilih dan layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Walaupun mereka (calon) mempunyai syarat-syarat lain, tetapi apabila didapati bermasalah secara automatik tidak akan dimasukkan dalam senarai akhir calon bertanding, bahkan akan dikeluarkan daripada senarai itu,” katanya.

Beliau hadir merasmikan Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Lanadron, Panchor dan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR, SPM dan STPM 2012 Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh di sekolah berkenaan, dekat sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai siapa bakal Menteri Besar Johor jika BN berjaya mendapat kemenangan dan mentadbir negeri  ini, Muhyiddin berkata, jawapan itu akan diketahui dalam tempoh masa beberapa hari lagi.

“Kita semua sudah boleh buat ramalan, dan teka-teki timbul disebabkan mungkin ada perubahan dalam senarai yang akan diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman tidak lama lagi.

“Calon Menteri Besar sudah disenarai pendek, tetapi ia masih lagi rahsia. Biarlah Abdul Ghani umumkan tidak lama lagi,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: