Kecewa Dengan Pimpinan, 300 Ahli Pas Sertai UMNO

IMG-20130411-00025

Oleh HANA MARYAM

BACHOK – Kecewa dengan kegagalan Pas menyatakan pendirian dan menyelesaikan beberapa isu utama terutama membabitkan agama termasuk isu kalimah Allah mendorong 300 ahli Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang tekad untuk keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Penyertaan penyokong tegar Pas itu dibuat di hadapan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat Sempena Program Selamat Tinggal Pas.

Hadir sama pada majlis Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok Datuk Awang Adek Hussin dan timbalannya, Datuk Dr Alias Hussin.

Tindakan keluar parti oleh kumpulan yang diketuai oleh Rosli Md Nor, 46, itu dibuat setelah mereka menyedari parti itu tersasar jauh daripada asas perjuangan menegakkan negara Islam.

Menurut Rosli, tindakan itu dilakukan selepas mereka melihat Pas sudah tidak lagi memperjuangkan Islam apabila pemimpin parti itu mula mengeluarkan fatwa-fatwa yang meragukan.

Beliau berkata, secara peribadi beliau turut melihat mula berlaku perpecahan umat di masjid-masjid akibat fahaman salah yang diterapkan Pas kepada ahlinya sehingga boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat selain tidak setuju dengan gabungan Pas bersama DAP dan PKR.

“Saya dan rakan-rakan mengambil keputusan berpaling tadah daripada Pas berikutan banyak isu, termasuk agama dan janji yang gagal ditunaikan kepimpinan parti walaupun menerajui Kelantan lebih 23 tahun,” katanya ketika ditemui dalam program Selamat Tinggal PAS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, malam tadi.

Program yang bermula kira-kira jam 9.30 malam itu dihadiri oleh lebih 1500 penduduk setempat yang mana rata-rata menyambut baik penyertaan mereka ke dalam UMNO.

Rosli berkata, pada awalnya sokong terhadap pimpinan mula hilang sehinggalah kemuncaknya beliau mengambil keputusan untuk keluar parti apabila Pas membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam,yang dilihat Pas sudah tersasar dalam memperjuangkan Islam.

Katanya, sepanjang menjawat jawatan Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Sukan Pas kawasan Bachok, dia turut mengakui terkilan kerana bantuan tidak diagihkan secara sistematik kepada ahli-ahli dan penduduk kampung.

“Dulu, takdok (tiada) orang yang mahu jadi pemimpin Pas, tapi sekarang masing-masing berebut hendakkan jawatan sebab Pas sekarang terima banyak duit,” katanya yang menyokong Pas sejak berusia 17 tahun lagi.

Lebih meragukan katanya, pada tahun 2003 dan 2004, Rosdi berkata, dia telah dinafikan hak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sedangkan dia menjawat jawatan setiausaha ketika itu.

Langkah yang sama turut diambil oleh sepasang warga emas, Gayah Mamat, 70 dan suami, Zakaria Awang,97, kerana kecewa tidak pernah mendapat sebarang bantuan kerajaan negeri meskipun telah menyokong Pas lebih 10 tahun lalu.

Gayah berkata, beliau tidak pernah menadapat bantuan daripada Pas namun tersenarai sebagai penerima bantuan daripada UMNO .

“Berbeza dengan UMNO, walaupun tahu kami penyokong Pas, kami tetap diberi bantuan wang RM250 setiap bulan kerana faktor usia dan kesihatan yang semakin uzur,” katanya.

Pasangan yang berasal dari Pauh Sembilan itu berkata, selain bantuan bulanan, UMNO turut menghulurkan sumbangan zakat dan sering menjadi penerima bantuan dalam program yang dianjurkan sehingga menyebabkan mereka tertarik hati dan mengistiharkan diri sebagai ahli UMNO seumur hidup.

Bagi Abdul Rahman Ismail, 54, dia juga tidak mendapat sebarang bantuan sepanjang menyokong PAS, malah pemimpin yang dipilih juga tidak pernah turun padang menjenguk masalah yang dihadapi rakyat.

Tags: , , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: