Kem Tentera Bakal Dibina Di Bachok Jika BN Diberi Mandat

IMG-20130411-00028

Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sebuah kem tentera bakal dibina di Bachok sekiranya Barisan Nasional (BN) memerintah Kelantan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengumuman khas itu dinyatakan sewaktu menyampaikan ucapan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyatsempena Program Selamat Tinggal Pas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang dekat sini malam tadi.

Beliau berkata, ia adalah tambahan kepada tujuh janji khas yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika melawat Kelantan sebelum ini.

“Kita akan bina kem tentera untuk tambahan kawalan keselamatan rakyat Bachok jika BN menang. Kita tidak buat janji kosong dan kita akan laksanakan jika rakyat menyokong usaha BN ini.

“Selepas ini banyak lagi kemudahan dan perubahan akan dibawa ke Kelantan jika BN menang. Umno gunakan politik untuk perkukuhkan agama berbeza dengan parti lain yang gunakan agama untuk kepentingan politik,” katanya pada sidang media selepas menerima 300 borang keahlian baru Umno Dun Tawang dekat sini malam tadi

Majlis turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalannya, Datuk Dr Illias Hussain dan Penyelaras Dun Tawang, Mohd Zain Yasim serta lebih 1,500 masyarakat tempatan.

Pada masa yang sama Zahid turut menyatakan pengundi Bachok perlu memberikan peluang kepada pemimpin BN tempatan kerana dengan cara itu pelbagai pembangunan lagi yang dibawa ke jajahan terbabit.

“Datuk Awang Adek adalah seorang tokoh ekonomi bukan sahaja negara malah bertaraf dunia. Beliau seorang pakar ekonomi negara yang dipercayai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau memberikan pelbagai sumbangan untuk ekonomi negara termasuk dasar transformasi ekonomi negara. Saya yakin jika rakyat memberikan beliau peluang pelbagai pembangunan yang akan dibawa dan tidak mustahil selepas ini Bachok akan maju menjadi bandar pendidikan dan pelancongan yang bertaraf antarabangsa jika BN diberi mandat mentadbir negeri,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) memandangkan parti itu telah bnayak membawa perubahan ke negeri ini biarpun ditadbir pas sejak 23 tahun lalu.

Beliau berkata, dengan menamakan manifesto sebagai akujanji kerana setiap janji akan ditepati, BN yakin golongan Pas tegar akan berfikir panjang untuk terus memberi mandat kepada pentadbiran Pas.

“Dengan perubahan yang dibawa di Kelantan ini kami yakin golongan penyokong tegar Pas akan berfikir banyak kali mengenai Pas. Saya yakin lebih ramai yang akan sertai BN selepas ini apabila rakyat fikir dan nilai sendiri apa yang BN lakukan untuk rakyat.

“Golongan atas pagar juga akan bertambah berdasarkan penambahbaikan manifesto yang dibentangkan Perdana Menteri sebelum ini dan tujuh janji khas yang diberikan beliau untuk selesaikan masalah di Kelantan sebelum ini,” katanya.

Tags: , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: