Ku Nan Yakin Pengundi Putrajaya Akan Tolak Husam

imagePUTRAJAYA – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sentimen negeri tidak akan berjaya dalam meraih sokongan pengundi di Putrajaya mahupun di kawasan lain pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Putrajaya yakin warga Kelantan di Putrajaya pasti akan membuat pilihan bijak dalam memilih wakil rakyat mereka tanpa memikirkan sentimen calon negeri sekiranya Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bertanding di situ.

Katanya, sebagai pusat pentadbiran negara, Putrajaya didiami rakyat dari seluruh negara, justeru sentimen kenegerian tidak timbul sama sekali.

“Saya berpandangan walaupun calon orang mana sekalipun, rakyat mempunyai minda terbuka dan mereka akan memilih orang yang mereka kenal, orang yang memahami keperluan mereka dalam kawasan itu.

“Saya berkeyakinan bahawa Husam akan ditolak, ‘total rejection’ sebab beliau datang dari luar Putrajaya. Saya berkeyakinan warga Putrajaya warga yang rasional,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Karisma kepada warga Putrajaya, di sini semalam.

Tengku Adnan berkata, beliau juga tidak gentar berhadapan dengan Husam yang sebelum ini diumum sebagai calon Pas untuk kerusi Parlimen Putrajaya yang mempunyai 15,798 pengundi berdaftar.

Calon Pas untuk kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 ialah Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad. Beliau tewas kepada Tengku Adnan dengan majoriti 2,734 undi.

Mengenai dakwaan kononnya Umno merampas kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA, Tengku Adnan menjelaskan proses pertukaran kerusi itu dilakukan atas permintaan MCA.

Pertukaran kerusi dalam komponen BN dilakukan selepas meneliti pelbagai aspek dan perkembangan terkini demi memastikan ia terus menjadi kerusi kuat bagi BN, katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: