Lagi Calon Bebas Umum Tanding Di DUN Guchil

md nasir

Oleh HANA MARYAM

KUALA KRAI – Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil sekali lagi dikejutkan dengan kisah seorang warga emas dari Kampung Batu Balai, di sini, Md Nasir Ahmad yang membuat pengumuman untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dun Guchil pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Jika pengumuman ini menjadi kenyataan, dia individu kedua menawarkan bertanding sebagai calon Bebas di Dun Guchil yang kini disandang PKR selepas Ketua Pas cawangan Guchil Hulu, Muhamad Bustaman Yaacob mengambil keputusan sama, akhir Mac lalu.

Md Nasir, 65, atau lebih dikenali Pak Long Batu Balai mengumumkan keputusan itu pada majlis ceramah di pekarangan rumahnya, dekat sini, malam tadi.

Md Nasir berkata, keputusannya untuk bertanding adalah bertujuan memiliki ‘kuasa’ bagi menyatu padu dan memperbetulkan masyarakat terutama penduduk setempat ke arah lebih baik.

“Saya pernah cuba nak perbetulkan apa tidak kena dalam masyarakat sebelum ini tetapi tidak dihiraukan kerana waktu itu saya tidak ada ‘kuasa’.

“Sebab itu, saya ambil keputusan bertanding calon Bebas pada pilihan raya umum kali ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman tersebut.

Katanya, sebagai tanda kesungguhannya bertanding calon Bebas dua borang pencalonan sudah diambil dan akan menggunakan lambang kapal terbang.

Bercakap mengenai peluangnya untuk mencapai kemenangan, katanya, dia yakin ada peluang cerah atas beberapa faktor termasuk jawatannya sebelum ini sebagai Setiausaha Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Ulu Kelantan meliputi Kuala Krai dan Gua Musang.

“Selain kenalan dalam Rela Ulu Kelantan yang kini berusia lebih 60 tahun, saya juga harapkan sokongan ramai kawan-kawan, penduduk kampung dan saudara mara,” katanya.

Ketika diminta mengulas kemungkinan akan berlaku pertembungan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PKR dan dua calon Bebas, bekas guru pada zaman British itu berkata, dia sedia berdepan dengan mana-mana parti dan sesiapa sahaja calon.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: