Mustapa Syukur Ramai Sedar Peranan PLKN

imagesJELI – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bersyukur ramai rakyat, termasuk pemimpin pembangkang sedar peranan yang dimainkan oleh Program Latihan Khidmat Negara (PLKB) yang diperkenalkan kerajaan sembilan tahun lepas.

Beliau berkata ketika awal penubuhan program itu, ramai yang mempersoalkan kononnya program itu untuk kepentingan politik menyokong parti pemerintah.

“Sebab itu ada antara penyokong parti yang enggan menghantar anak-anak mereka mengikuti latihan kerana mempersoalkan niat suci kerajaan yang terpaksa menghabiskan peruntukan beratus juta setahun untuk menjayakan program itu.

“Program itu diwujudkan untuk melahirkan rakyat yang cintakan negara serta mengenali sejarah tanah air melalui latihan dan disiplin diri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kemasyarakatan Briged Sukarela Khidmat Negara (BSKN) peringkat Negeri di Sekolah Kebangsaan Jedok, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Air Lanas, Mohd Adhan Kechik.

Katanya program itu membolehkan masyarakat negara ini ditanam semangat cintakan negara dan patriotisme secara mendalam demi masa depan negara.

Mustapa yang juga penyandang kerusi Parlimen Jeli berkata, sejak program itu dilancarkan pada 2004 di bawah Kementerian Pertahanan, ia mampu melahirkan kira-kira 700,000 pelatih dan sebahagian besarnya menjadi alumni dan golongan pelapis negara.

Mengenai program BSKN, beliau berkata ia mampu memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan melibatkan bekas pelatih dan alumni PLKN turun padang membantu masyarakat memberi perkhidmatan yang diperlukan.

Antaranya mengadakan gotong-royong membersih kawasan sekolah, kampung, tanah perkuburan dan mengadakan pameran dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan berkaitan.

“Ini selaras dengan saranan Perdana Menteri yang mahu agensi turun padang mendampingi rakyat melalui pengisian pelbagai kegiatan kemasyarakatan,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: